• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Perkenal NMAX 155 Connected, Harga RM8.9k

Yamaha Indonesia Perkenal NMAX 155 Connected, Harga RM8.9k

November 24, 2020 By AI Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Aerox 155 Connected, PT Yamaha Indonesia Motor memperkenalkan versi naik taraf untuk skuter maksi NMAX 155 Connected pula. Kehadiran model itu melengkapi barisan famili siri Maxi Yamaha dalam memenuhi keperluan pelbagai peringkat pengguna.

Skuter maksi itu dijana trenkuasa Blue Core bersesaran 155cc serba baharu dengan teknologi injap variabel Variable Valve Actuation (VVA) untuk output kuasa dan tork dan sekatan pada setiap ligatan enjin. Kuasa dihasilkan 15.2hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm  @ 6,500rpm.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi 'Yamaha Blue Core'?

NMAX 155 Connected varian Standard mendapat Sistem Kunci Pintar (SKS), iaitu ciri penghidup tanpa kunci (keyless) dan aplikasi Y-Connect yang dihubungkan dengan telefon pintar  menerusi  Bluetooth.

Ciri konektiviti aplikasi Y-Connect memudahkan pemilik melihat maklumat tunggangan di telefon pintar seperti bahan api, lokasi parkir terakhir, cadangan servis bateri dan minyak hingga rev. Aplikasi Y-Connect juga ada ciri ranking yang mana pemilik boleh bersaing dengan pengguna lain mengenai jarak perbatuan dan tunggangan Eco.

Sementara itu, SKS dengan imobiliser dan sistem Answer Back memudahkan pemilik mencari lokasi motor diparkir, manakala soket kuasa memudahkan operasi mengecas telefon pintar. Kawalan punat bar hendal sebelah kiri pula memudahkan pengguna memilih antaramuka informasi dan aturan spidometer.

NMAX 155 Connected (2020) menawarkan ruang kaki luas hingga posisi tunggangan lebih relaks untuk  jarak dekat dan ditambah pelana kontur yang selesa serta suspensi subtangki sebagai sokongan prestasi tunggangan pelbagai rupa bumi.

Selain itu, skuter itu juga menampilkan lampu depan dan belakang LED berserta lampu kecemasan yang mewarisi rakebentuk DNA siri NMAX.

BACA >>> Banyak Haiwan Suka Buat Pot dalam Yamaha NMAX

Yamaha NMAX (2020)_12
Yamaha NMAX (2020)_14
Yamaha NMAX (2020)_3

Ruang simpanan bawah pelana luas membolehkan pengguna menyimpan helmet muka penuh saiz XL. Ia juga dilengkapi teknologi Smart Motor Generator (SMG) untuk operasi menghidupkan enjin lebih lancar dan sistem henti-mula Stop & Start System (SSS) yang berfungsi menghentikan enjin ketika lahu atau berhenti di lampu isyarat bagi menjimatkan bahan api.

Sistem  henti menggunakan brek cakera depan dan belakang. NMAX 155 Connected dijual pada harga Rp31 juta (RM8,955) dan didatangkan dalam empat pilihan warna: Prestige Silver (warna baharu), Maxi Signature Black, Matte Blue dan Matte Red.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter
BACA >>> Brazil Lancar Yamaha NMAX Edisi Star Wars, Harga RM10.7k

Yamaha NMAX (2020)_11
Yamaha NMAX (2020)_8
Yamaha NMAX (2020)_9
Yamaha NMAX (2020)_13
Yamaha NMAX (2020)_6
Yamaha NMAX (2020)_3
Yamaha NMAX (2020)_1
Yamaha NMAX (2020)_2
Yamaha NMAX (2020)_4
Yamaha NMAX (2020)_5
Yamaha NMAX (2020)_7
Yamaha NMAX (2020)_10
Yamaha NMAX (2020)_12
Yamaha NMAX (2020)_14

SUMBER: YamahaMotor.co.id

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, roda2, skuter maksi, Yamaha NMAX, Yamaha NMAX 155 Connected

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my