Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha FZ 25, FZS 25 (2020) Versi Patuh BS6 Lancar di India, Harga Mula RM8.6k
Roda2

Yamaha FZ 25, FZS 25 (2020) Versi Patuh BS6 Lancar di India, Harga Mula RM8.6k

AryonBy Aryon29/07/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor India baru-baru ini melancarkan sportbike 250cc silinder tunggal FZ 25 dan FZS 25 edisi BS6 yang masing-masing berharga Rs152,100 (RM8,610) dan Rs157,100 (RM8,890).

Sportbike ini sepatutnya dilancarkan pada hujung bulan Mac lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan akibat krisis penularan Covid-19 yang melanda seluruh India.

BACA >>> Yamaha FZ25 (2020) BS6 Buka Tempahan di India, Lancar Hujung Bulan Ini

Metallic Black
Racing Blue

Pengeluar dari Jepun itu menawarkan lima pilihan warna untuk sportbike suku liter itu, iaitu FZ 25 dalam dua warna, Metallic Black (hitam) dan Racing Blue (biru). Tiada sebarang aksen warna lain pada grafik badan, manakala rim aloi berwarha hitam untuk kedua-dua pilihan warna.

Patina Green
White-Vermillion
Dark Matt Blue

FZS 25 dalam tiga warna, iaitu Patina Green (hijau), White-Vermillion (putih), dan Dark Matt Blue (biru). Setiap warna diberikan aksen pada grafik badan mengikut kemasan rim. FZS 25 hijau dan biru diberikan rim aloi emas, manakala varian birumendapat rim aloi hitam dengan aksen merah.

FZS 25 juga dipasangkan visor angin lebih tinggi dan disertakan bersama gad jari. Bagaimanapun, ciri lain adalah sama antara FZ 25 dan FZS 25, termasuk kedua-dua varian itu lulus syarat emisi baharu BS6 untuk motosikal India.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha FZ150i dengan Gaya Kawasaki Z1000 Ekstrem

Dari segi trenkuasa dua sportbike suku liter ini dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 249cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan transmisi klac manual 5-kelajuan berkuasa 20.5hp @8,000 rpm dan tork 20.1Nm @ 6,000rpm. Kapasiti tangki mampu mengisi 14 liter petrol.

Sistem brek menggunakan brek cakera untuk kedua-dua roda dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran, manakala sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang dengan 7-tetapan boleh laras.

Ciri lain model ini ialah panel meter digital dengan latar negatif, tongkat sisi dengan suis pemati enjin, kowl enjin, penutup mufler dan lampu LED untuk lampu depan, lampu siang (DRL), dan lampu belakang berserta lampu brek.

FZ 25 kini boleh didapati di semua pengedar Yamaha seluruh India, manakala FZS 25 akan menyusul kemudian. Atas kertas, model ini akan berentap dengan Bajaj Dominar 250.

BACA >>> Yamaha FZR250R (1990), 4-Silinder vs YZF-R3 (2019), 2-Silinder: Siapa Paling Berkuasa?

GALERI
Metallic Black
Racing Blue
Dark Matt Blue
Patina Green
White-Vermillion

SUMBER: YamahaMotorIndia

roda2 sportbike sportbike 250cc Yamaha Yamaha FZ 25 (2020) Yamaha FZ 25 BS6 Yamaha FZS 25 BS6 Yamaha Motor India
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Gamble on 30/07/2020 00:35

      Kalaula engin dia DOHC mesti lg bagus..just pandangan peribadi

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.