Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha FZ25 (2020) BS6 Buka Tempahan di India, Lancar Hujung Bulan Ini
Auto Terkini

Yamaha FZ25 (2020) BS6 Buka Tempahan di India, Lancar Hujung Bulan Ini

AryonBy Aryon03/03/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA India membuka tempahan naked bike FZ25 (2020) BS6 di bandar tertentu seluruh India dengan deposit antara 1,000-5,000 rupee (RM60-RM290), bergantung pengedar. Pelancaran rasmi dijadualkan hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Yamaha tidak mendedahkan harga sebenar model tersebut, tetapi dianggarkan kira-kira 5,000-7,000 rupee (RM290-RM400) lebih mahal daripada model sedia ada yang berharga 1,34,680 rupee (RM7,750).

BACA >>> Yamaha FZ25 ABS (2019) Kini di Vietnam, Harga 85 Juta Dong (RM15,200)

Yamaha mendedahkan FZ25 (2020) BS6 pada Februari lalu dengan menampilkan rekabentuk baharu sepenuhnya pada fasia depan dengan lampu utama gaya robotik yang dikelilingi fairing bikini dan visor angin tinggi. Lampu utama baharu kini menggunakan unit LED, begitu juga lampu siang (DRL) yang berbeza dengan model BS4.

FZ25 (2020) BS6 baharu kini dipasangkan kowl enjin. Selain perubahan tersebut, keseluruhan rekabentuk kekal identik seperti model BS4. Naked bike ini juga dilengkapkan ciri baharu seperti paparan LCD negatif dan tongkat sisi dengan ciri suis mati enjin.

Yamaha FZ25 BS6 – Metallic Black
Yamaha FZ25 BS6 – Racing Blue

Trenkuasa dipacu enjin silinder tunggal 249cc suntikan bahan api berkuasa 20.5hp @ 8,000rpm dan tork 20.1Nm @ 6,000rpm dengan transmisi klac manual 5-kelajuan. Sistem suspensi disokong fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Kedua-dua roda dipasangkan brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwisaluran (dual-channel).

Yamaha FZS25 – Metallic White Shade
Yamaha FZS25 – Dark Green Shade
Yamaha FZS25 – Dark Blue Shade

Yamaha juga akan memperkenalkan FZS 25 (2020) yang bakal dilancarkan penghujung tahun ini. Model itu khabarnya akan dibekalkan gad tangan, dan visor angin lebih tinggi dengan beberapa elemen kosmetik untuk penampilan lebih menarik. FZS 25 juga lebih mahal daripada versi standard.

BACA >>> Yamaha FZR250R (1990), 4-Silinder vs YZF-R3 (2019), 2-Silinder: Siapa Paling Berkuasa?

SUMBER: BikeWale

naked bike roda2 sportbike Yamaha Yamaha FZ25 (2020) BS6 yamaha india
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026

    1 Comment

    1. Jan on 04/03/2020 15:20

      Motor 250cc bajet rendah dari yamaha. tidak dinafikan, spec nya jugak sedikit lemau, lebih kurang R15 sahaja.

      Kalau buat gaya classic, lalu dipasarkan dimalaysia dengan harga 7-8k, mungkin akan laku keras.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.