• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha FZ25 ABS (2019) Kini di Vietnam, Harga 85 Juta Dong (RM15,200)

Yamaha FZ25 ABS (2019) Kini di Vietnam, Harga 85 Juta Dong (RM15,200)

May 16, 2019 By Aryon Leave a Comment

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH syarikat persendirian di Vietnam membawa masuk FZ25 ABS (2019) yang kali ini dilengkapkan dengan sistem brek anti-kunci (ABS) 2-saluran dan berharga lebih mahal berbanding versi lama tanpa sebarang perubahan kosmetik.

Model naked bike itu kali pertama dilancarkan pada 2017, juga diimport secara persendirian, dengan harga lebih 60 juta dong (RM10,700). FZ25 ABS (2019) tampil ringkas dan tidak terlalu maskular seperti saudaranya MT-03, yang turut dijual di pasaran Vietnam.

BACA >>> Modenas Pulsar NS200 vs Yamaha FZ150i? 5 Perbandingan Streetbike Pilihan Rakyat Malaysia

Lampu utama dan belakang menggunakan teknologi LED, juga ada lampu posisi siang di depan. Tangki minyak mampu menampung kapasiti isian 14 liter, manakala pelana berbentuk dua dek untuk penunggang dan pembonceng. Berat keseluruhan ini ialah 148kg.

Dimensi FZ25 ABS (2019) memiliki panjang 2,015mm, tinggi 1,075mm dan lebar 770mm, manakala tinggi pelana 795mm yang sesuai dengan majoriti penunggang Asia.

Posisi hendal direndahkan kepada 15mm yang memberikan posisi kaki sedikit ke belakang. Pemuka LCD memaparkan maklumat asas fungsi motosikal tanpa perubahan rekabentuk berbanding versi 2017.

BACA >>> Yamaha FZ150i Kurang Ranggi? Sila Bikin Jadi Sportbike, Streetfighter atau Cafe Racer Sekarang!

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik 41mm di depan dan monoshock di belakang. Brek depan daripada jenis cakera 282mm, manakala brek cakera di belakang bersaiz 220mm, didatangkan bersama sistem ABS 2-saluran.

Ekzos tampil besar, tetapi direka pendek atau kontot yang memberikan rupa kompak dan kemas kepada naked bike ini. Trenkuasa dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 250cc SOHC penyejukan udara berkuasa 21hp @ 8,000rpm dan tork 20.4Nm @ 6,000rpm dengan transmisi klac manual 5-kelajuan.

FZ25 ABS (2019) berharga kira-kira 85 juta dong (RM15,200), termasuk cukai. Kehadiran model ini bakal merancakkan lagi saingan dalam pasaran naked bike kecil, terutama kepada pemandu aras mula yang baru hendak berjinak-jinak dengan segmen sportbike.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha FZ150i dengan Gaya Kawasaki Z1000 Ekstrem

Sementara itu di Malaysia, masih tiada lagi model pengganti FZ150i selepas Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memutuskan menghentikan pengeluaran model itu bagi memberi laluan kepada sportbike YZF-R15 di pasaran. Dalam segmen suku liter pula, segmen itu cuma diisi model fairing R25.

GALERI

SUMBER: News.Zing.vn

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ABS, naked bike, sportbike, streetbike, Vietnam, Yamaha, Yamaha FZ25 ABS (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my