Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050
Roda2

Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA Motor Company di Jepun sudah menyatakan pendirian untuk beralih kepada 90 peratus jualan motosikal elektrik menjelang 2050, petanda awal ada rancangan menamatkan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Buat masa ini, Yamaha cuma menghasilkan kurang daripada 1 peratus kenderaan elektrik dan peralihan kepada elektrik adalah untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Dalam pelan Integrated Report 2021, Yamaha menyatakan usaha itu membabitkan semua kitaran produk mereka dan ia termasuk:

  • Emisi melalui aktiviti syarikat
  • Emisi daripada produk Yamaha yang dijual – termasuk motosikal, enjin, generator dan bot.

Sasaran masa dan tahap pengurangan emisi pula adalah seperti berikut:

  • Aktiviti syarikat: pengurangan kepada 86 peratus menjelang 2050
  • Rangkaian produk: 24 peratus (2030), 38 peratus (2035) dan 90 peratus (2050).

Untuk mencapai impian neutral karbon, Yamaha akan terus pelan pembangunan kenderaan berasaskan bateri-elektrik (BEV) membabitkan motosikal elektrik, skuter elektrik dan e-skuter.

Keputusan itu tidak bermaksud Yamaha akan menutup bisnes motosikal dan skuter sepenuhnya tetapi mahu mengubah produk itu menjadi mesra alam iaitu bebas karbon.

Pengurusan tertinggi firma Jepun itu masih optimis bahawa transformasi motosikal dan kenderaan roda tiga kepada bebas karbon melalui elektrikfikasi atau metod mesra alam lain akan diterima baik konsumer, khususnya generasi muda yang memiliki kesedaran eko tinggi.

BACA >>> Yamaha Tala Bunyi Motosikal Elektrik Macam Kapal Angkasa
BACA >>> Yamaha Buka Tempahan Motor Elektrik Prestasi Tinggi
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> Yamaha Tunjuk Paten Skuter Autoped Elektrik Tiga Roda
BACA >>> e-Skuter Wajib Ada Insurans di Itali

SUMBER: Visor Down | Yamaha

Yamaha Yamaha Elektrik Yamaha Japan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.