Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yamaha Bikin Motosikal Guna ‘Aluminium Hijau’, Sasar Capai Status Neutral Karbon 2050
Auto Terkini

Yamaha Bikin Motosikal Guna ‘Aluminium Hijau’, Sasar Capai Status Neutral Karbon 2050

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA Motor Co Ltd pada 2 Mac lalu mengumumkan sudah mula menggunakan material aluminium ‘hijau’ dalam proses pengeluaran motosikal. Malah ini kali pertama pengeluar motosikal dari Jepun itu menggunakan bahan binaan mesra alam.

Yamaha juga merancang meluaskan penggunaan material tersebut pada masa akan datang. Material ‘hijau’ itu bermaksud komponen dihasilkan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui dalam usaha mengurangkan kesan pelepasan emisi.

BACA >>> Yamaha MT-09 Cyber Rally (2022) Diperkenalkan di Osaka
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?

Yamaha mendakwa 12-31 peratus berat keseluruhan kenderaan adalah melibatkan komponen aluminium yang mana proses pembuatan ‘hijau’ dilakukan akan mengurangkan jumlah pelepasan emisi karbon.

Terdahulu, Yamaha sudah menggunakan material aluminium kitar semula yang sudah mencapai 80 peratus penggunaan sumber kitar semula.

Dengan tambahan aluminium hijau, Yamaha kini dalam misi mencapai tambahan kadar 20 peratus lagi untuk komponen yang tidak boleh menggunakan aluminium kitar semula sebagai sebahagian proses pengeluaran.

Ini juga langkah pertama Yamaha mengaplikasi penggunaan aluminium hijau pada motosikal membabitkan bahagian motosikal kuasa besar dan jentera lumba off-road.

Foto dikongsi menunjukkan Yamaha MT-09 akan menerima pembaharuan membabitkan bahagian bawah klamp tripel, rim depan dan belakang, serta swingarm.

Yamaha ada rancangan 2050 (Yamaha Motor Group Environmental Plan 2050) dengan misi mencapai status neutral karbon untuk semua aktiviti perniagaan seperti keseluruhan rantaian bekalan.

Pengeluar itu mahu mencapai kadar 100 peratus peralihan kepada material mampan menjelang akhir 2050. Selain material aluminium hijau, Yamaha juga meneroka sumber mesra alam lain seperti resin daripada sumber tumbuhan dan lain-lain.

BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Nampak Remeh, Tapi 4 Perkara Ini Boleh Jahanamkan Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Rantai dan Sproket Motosikal Masih OK atau KO?

SUMBER: RideApart

aluminium hijau Auto Terkini Motosikal Mesra Alam roda2 Yamaha Motor Co. Ltd Yamaha Motor Group Environmental Plan 2050
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    23/06/2026
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.