Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Cruiser Bajet WMoto Cruiser AMT 125 Lancar di Malaysia, Harga RM5,988 Sahaja!
Roda2

Cruiser Bajet WMoto Cruiser AMT 125 Lancar di Malaysia, Harga RM5,988 Sahaja!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam06/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia

WMOTO mengukuhkan barisan produk di Malaysia menerusi pelancaran WMoto Cruiser AMT 125 yang tampil dalam rekabentuk cruiser klasik dan dipadankan teknologi moden seperti sistem transmisi manual automatik (AMT) untuk pengalaman tunggangan lebih santai dan unik.

Ditawarkan pada harga RM5,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), model itu hadir dalam tiga warna pilihan: Green (hijau), Cream (kuning cair) dan Black (hitam) yang  boleh didapati di semua pengedar sah MForce seluruh negara.

Enjin, Prestasi

WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia
WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia
WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia
WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia

Aspek mekanikal WMoto Cruiser AMT 125 dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 124cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api  elektronik (EFI) yang menghasilkan output kuasa 5.8kW (7.7hp) @ 8,000rpm, dan tork 8.8Nm @ 6,000rpm.

Sistem transmisi menggunakan pacuan akhir rantai dengan kotak gear automatik dan klac automatik sentrifugal jenis basah.

Rekabentuk, Dimensi

WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia
WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia

WMoto Cruiser AMT 125 hadir dengan dimensi panjang 2,120mm, lebar 818mm dan tinggi 1,130mm, manakala jarak roda 1,425mm.

Jarak tinggi bumi 160mm. Tinggi pelana 680mm sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang, manakala berat keseluruhan 119kg memudahkan cruiser ini ditunggang. Kapasiti tangki petrol pula mampu menampung hingga 6 liter.

Suspensi, Brek

WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia
WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia

WMoto Cruiser AMT 125 menggunakan sistem suspensi fork teleskopik dengan jarak travel 130mm di depan dan monoshock 30mm (belakang).

WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia
WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia

Sistem brek dilengkapi brek cakera 220mm di depan dan brek cakera 200mm (belakang). Bahagian roda dipasang tayar 80/90-17 M/C di depan dan tayar 140/70-13 M/C (belakang) yang kedua-dua dipadankan rim sport aloi tahan lasak.

Ciri Moden

WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia
WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia

WMoto Cruiser AMT 125 mendapat sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu belakang, lampu signal belok dan kecemasan (hazard). Panel meter jenis kombinasi analog dan digital, manakala sistem penghidup menggunakan kunci mekanikal.

Cruiser itu turut dilengkapi ekzos senyap, peg kaki boleh lipat untuk pembonceng dan pelana ergonomik untuk keselesaan tunggangan jarak jauh.

Waranti, Servis

WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia
WMotor Cruiser AMT 125 lancar di Malaysia

Setiap pembelian WMoto Cruiser AMT 125 didatangkan dengan waranti pengilang 2 tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu). MForce Bike Holdings Sdn Bhd juga menyediakan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian bagi kemudahan pemilik.

cruiser cruiser murah mforce bike holding motosikal cruiser termurah roda2 WMoto WMOTO Cruiser AMT 125
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.