Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Waze Kini Sudah Ada dalam Paparan Apple CarPlay
Auto Terkini

Waze Kini Sudah Ada dalam Paparan Apple CarPlay

Han OthmanBy Han Othman28/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGGUNA telefon pintar Malaysia kini boleh memanfaatkan ciri unik Waze menerusi perisian Apple CarPlay yang menggunakan sistem operasi (OS) iOS 12.

Waze baru-baru ini mengumumkan integrasi dengan Apple CarPlay dalam usaha merealisasikan misi mengurangkan lalu lintas dan menjadikan pemanduan lebih selamat dan mudah kepada pengguna jalan raya. Sebagai salah satu aplikasi navigasi pertama di platform CarPlay, integrasi Waze itu akan membuka peluang kepada berjuta-juta pengguna CarPlay untuk menggunakan ciri Waze dengan lancar, terus daripada unit infotainment dalam kereta.

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan

Pemandu yang menggunakan CarPlay kini boleh memuat turun aplikasi Waze dan pergi ke destinasi pilihan dengan lancar. Caranya semudah menyambungkan telefon pintar iPhone kepada sistem yang menyokong CarPlay menggunakan kabel USB atau sambungan wayarles (jika ada). Kemudian, pemandu boleh mencari destinasi, memilih laluan kegemaran, melaporkan isu trafik dan banyak lagi.


Strategi platform Waze, Jens Baron mengakui teruja utnuk memperkenalkan kuasa komuniti Waze terus ke dalam konsol kereta pemandu yang menggunakan Apple CarPlay.

“Ini membolehkan kami merealisasikan salah satu integrasi paling diminta pengguna, dan memberikan peluang kepada mereka untuk menikmati manfaat Waze pada paparan Apple CarPlay yang lebih besar,” katanya

Malaysia ialah tuan rumah kepada kira-kira 5.9 juta pengguna Waze aktif bulanan, dan kebanyakan pemandu menggunakan aplikasi itu menerusi telefon pintar. Jadi, dengan menawarkan pilihan Waze pada Apple CarPlay, peminat Apple dan pengguna CarPlay Malaysia kini boleh menggunakan aplikasi navigasi tersebut dengan lebih mudah. Malah, integrasi dibuat dengan memastikan ciri Waze disesuaikan khas untuk OS dan antara muka pengguna CarPlay.

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 2/2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya

Dengan menggunakan Waze menerusi CarPlay, pemandu dapat menikmati pengalaman seperti:

  • Setkan destinasi kegemaran (Favourites), Home (rumah) dan Work (kerja): Navigasi ke destinasi yang diprogramkan dapat dibuat semudah sekali klik.
  • Aturkan perkara diperlukan pemandu dalam satu skrin paparan lengkap sebelum memulakan perjalanan, termasuk memantau laluan alternatif dan menyesuaikan tetapan bunyi dengan mudah.
  • Laporan: Kini lebih mudah untuk membantu pemandu lain dengan menu laporan visual, berbanding sebelum ini.
  • Makluman: Terima makluman visual dan audio untuk sentiasa dikemas kini sambil mengekalkan kedua-dua tangan pada stereng.

Waze untuk Apple CarPlay diperkenalkan di 26 September lalu secara beransur-ansur.

aksesori Aplikasi Apple Apple CarPlay Auto Terkini GPS infotainment navigasi Sistem Navigasi telefon pintar Waze
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

04/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

03/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

03/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

By Abang Hirata04/07/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

By Abang Hirata29/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.