Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Wanita Urus Bengkel: Bekas Mekanik Jadi Bos Pusat Servis – G-Car Auto Garage
Auto Terkini

Wanita Urus Bengkel: Bekas Mekanik Jadi Bos Pusat Servis – G-Car Auto Garage

Abang GYLBy Abang GYL30/01/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JARANG kita dengar wanita menguruskan bengkel kereta. Kalau ada pun, tempat mereka biasanya di bahagian perakaunan, pembayaran atau hubungan pelanggan. Tetapi bengkel G-Car Auto Garage di Shah Alam ini memang lain daripada lain kerana ketua mekanik di sini ialah kaum hawa.

Maksudnya, apa saja hal kritikal mengenai penyenggaraan dan baik pulih kereta, semua itu mestilah dirujuk kepada Sazaimah Sai’on (baju hitam) yang bukan sekadar Ketua Mekanik di pusat servis tersebut, tetapi juga menyandang jawatan Pengurus Besar G-Car Manufacturer Sdn Bhd, juga anak syarikat di bawah Go Auto selaku pengedar rasmi kenderaan HAVAL di Malaysia.

“Semua operasi G-Car Auto Garage diterajui kaum hawa wanita yang turut menawarkan perkhidmatan ambil dan hantar kenderaan ke pejabat atau rumah,” katanya.

BEKAS MEKANIK MERCEDES, HONDA

Wanita Urus Bengkel
G-Car Auto Garage
Wanita Urus Bengkel

Sazaimah yang pernah bertugas sebagai mekanik Mercedes-Benz dan Honda berkata, pelanggan yang datang ke G-Car Auto Garage tidak perlu ragu-ragu dengan kemampuan mekanik perempuan mengendalikan kerja-kerja teknikal di bengkel kerana mekanik di sini memang cukup terlatih.

“Pada awal 1990-an dulu memang ada persepsi tentang kemampuan wanita sebagai mekanik. Tetapi hari ini sikap itu semakin berkurangan. Lagipun, mekanik perempuan juga menjalani latihan dan kemahiran bengkel yang sama dengan lelaki,” katanya.

Malah, Sazaimah sangat berbangga dengan status diri sebagai Ketua Mekanik dan Pengurus di G-Car Auto Garage kerana dapat membuktikan betapa kaum hawa juga tidak kurang hebat dan mahir dalam selok belok kenderaan.

BACA >>> Beli Haval, Dapat ‘Ang Pow’ RM3k + Servis Percuma 5 Tahun!

Menurutnya, antara cabaran paling sukar perlu dihadapi seseorang mekanik ialah masalah kereta yang mengalami kerosakan berulang atau tidak konsisten. Selepas selesai satu kerosakan, datang pula masalah lain dan lebih teruk kalau melibatkan komponen utama seperti kotak gear.

“Masalah seperti itu kerap menimbulkan prasangka buruk kepada mekanik. Tetapi sebagai mekanik, kami perlu menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan apakah penyelesaian terbaik perlu dibuat.”

TAWAR PROMOSI HEBAT

Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel

G-Car Auto Garage kini sedang melancarkan kempen promosi servis kenderaan pada harga serendah RM198 sahaja, membabitkan kos menukar minyak enjin sintetik penuh dan penapis minyak, termasuk upah.

“Promosi ini adalah sempena memperkenalkan bengkel baharu G-Car Auto Garage di Shah Alam, dan minyak enjin keluaran Go Auto.

“Di sini, pelanggan boleh mendapatkan pakej servis asas murah berbanding bengkel luar. Jika bukan promosi, caj normal bagi pakej sama adalah bernilai RM258,” kata Sazaimah.

Dia ketika mengulas mengenai kelebihan minyak enjin sintetik penuh SAE 5W 40 Go Auto, berkata, selain menjadikan enjin lebih bersih, minyak pelincir tersebut turut memberikan pelindungan terbaik kepada jangka hayat dan prestasi kenderaan.

BACA >>> Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya – Haval H2 ‘RQ2174’ (Untunglah No. Plat Cantik)

Katanya, minyak enjin terbabit memberikan pengaliran yang baik pada suhu rendah, dan melindungi enjin pada suhu tinggi, termasuk menjaga komponen pengecas turbo yang diketahui sangat kritikal penyenggaraannya.

“Minyak enjin Go Auto disyorkan untuk kenderaan enjin petrol dan diesel. Minyak ini diformulasikan dengan aditif anti geseran yang menyumbang kepada penjimatan bahan api dan mampu bertahan sehingga perbatuan 15,000km.

“Ini juga minyak pelincir rasmi semua kenderaan Haval yang mendapat rating Institut Petroleum Amerika (API) SN/CF, iaitu standard tinggi bagi bahan pelinciran untuk kenderaan penumpang dan diesel. Memang sesuai untuk semua kenderaan,” katanya.

Kepada golongan wanita yang berminat menjadi mekanik, Sazaimah turut sempat berpesan supaya banyakkan membaca dan mesti cekal kerana bidang ini banyak bergelumang dengan benda kotor seperti minyak hitam.

“Tidak boleh takut dan geli pegang benda kotor macam minyak hitam, gris dan kotoran lain. Sebab untuk kenal pasti masalah secara mendalam, kadangkala kita perlu tanggalkan semua komponen kereta,” katanya sambil tersenyum.

ALAMAT:

G-Car Auto Garage

  • No.1, Jalan Para U8/103, Metropolitan Business Park, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

MAKLUMAT LANJUT:

  • Tel: 03- 7859 0959
  • Emel: gcarmanufacturer@gmail.com
  • www.gcarmanufacturer.com.my
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
G-Car Auto Garage
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
G-Car Auto Garage
G-Car Auto Garage
Wanita Urus Bengkel
G-Car Auto Garage
G-Car Auto Garage
Auto Terkini bengkel G-Car Auto Garage G-Car Manufacturer Sdn Bhd Go Auto Haval mekanik perempuan pusat servis Roda4 Sazaimah Sai'on
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KLIMS 2026 Kembali Lebih Besar Di MITEC, Fokus Masa Depan Mobiliti Malaysia

    20/05/2026
    iCAUR 03 lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    SUV Elektrik iCAUR 03 CKD Mula Pasang di Malaysia, Harga RM129,880 Sahaja

    20/05/2026
    Roda2

    Honda MSX125 Grom 2026 Eropah Dapat 3 Warna Baharu

    20/05/2026
    BHPetrol jadi penaja rasmi minyak kejuaraan TM ISTAF Sepak Takraw World Cup KL 2026
    Auto Terkini

    BHPetrol Kini Penaja Rasmi TM ISTAF Sepaktakraw World Cup Kuala Lumpur 2026

    20/05/2026

    2 Comments

    1. sheda on 30/01/2018 23:40

      Mantap

      Reply
    2. Siti on 31/01/2018 14:21

      Wah tak sangka…mekanik berjaya mama Anis nie

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    MV Agusta Brutale 1000 ABT
    Roda2

    MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    By Abang Hirata18/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.