Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Wales Batal Semua Pembinaan Jalan Utama, Bimbang Pelepasan Emisi & Trafik Meningkat
Auto Terkini

Wales Batal Semua Pembinaan Jalan Utama, Bimbang Pelepasan Emisi & Trafik Meningkat

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize23/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEMUA projek pembinaan jalan raya besar di Wales telah dibatalkan berikutan kebimbangan terhadap pelepasan emisi dan peningkatan trafik.

Pengumuman pembatalan semua projek pembinaan jalan utama Wales dibuat oleh Timbalan Menteri Perubahan Iklim Wales, Lee Waters, dan diikuti semakan yang bermula pada 2021 melibatkan beberapa projek.

Secara keseluruhan, 55 projek telah disemak termasuk jambatan Menai ketiga, A4042 di Wrexham, dan Laluan Merah di Flintshire.

Semua projek yang disemak kini sama ada dihentikan atau menunggu penilaian semula. Hanya 15 daripada 55 projek akan disambung semula pada masa hadapan.

Kerajaan Wales telah memutuskan bahawa projek itu akan meningkatkan bilangan kenderaan di jalan raya dan akan meningkatkan pelepasan emisi di negara itu.

Negara itu sungguh bermotivasi untuk menjaga alam sekitar yang juga merupakan sebahagian daripada matlamat emisi sifar bersih Wales untuk 2050.

Seperti yang dijangka, tindakan kerajaan Wales itu mengundang perasaan tidak puas hati sesetengah pihak yang berasa tidakan itu akan mengehadkan kapasiti pertumbuhan ekonomi negara.

Ini adalah perkara yang dikemukakan oleh pemimpin Welsh Conservatives, Andrew Davies sebagai tindak balas kepada ucapan oleh Waters di parlimen Wales.

Tindakan kerajaan Wales itu juga mendapat tentangan dari industri pembinaan negara itu kerana pembatalan projek-projek ini akan menyebabkan orang hilang kerja.

“Cadangan ini berisiko menjejaskan Wales dan menyebabkan ekonominya terhenti. Melainkan Menteri boleh menjamin alternatif kepada perjalanan kereta, mereka berisiko menyebabkan lebih banyak kesesakan di laluan sedia ada dan menyukarkan orang di kawasan luar bandar untuk bergerak dengan mudah,” jelas Ketua Polisi jalan Raya RAC, Nicholas Lyes.

Nicholas menambah kerajaan Wales sepatutnya melihat bagaimana ia boleh membantu mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik untuk mempercepatkan penyahkarbonan.

Adakah tindakan kerajaan Wales ini sesuatu yang bagus?

BACA >>> Wales Rally GB, Toyota GB Anjur Pertandingan Reka Grafik Jentera Rali GR Yaris
BACA >>> New South Wales Cadang Naikkan Had Lesen Memandu Minimum 21 Tahun untuk Lelaki

SUMBER: Visor Down

Andrew Davies Ekonomi kesesakan trafik Lee waters Nicholas Lyes Pelepasan Emisi projek pembinaan jalan utama Wales
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.