• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / New South Wales Cadang Naikkan Had Lesen Memandu Minimum 21 Tahun untuk Lelaki

New South Wales Cadang Naikkan Had Lesen Memandu Minimum 21 Tahun untuk Lelaki

September 22, 2022 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


PAKAR keselamatan jalan raya Australia mencadangkan pihak berkuasa menaikkan had usia pemilikan lesen memandu untuk pemandu lelaki di negeri New South Wales (NSW) kepada 21 tahun.

Cadangan itu dibuat kepada Kerajaan Negeri NSW sebagai antara usaha mengurangkan kemalangan maut yang meningkat dalam kalangan pemandu muda, terutama lelaki.

BACA >>> #TahukahAnda: Tiga Kategori Lesen Memandu di Belgium

australiasian-college-of-road-safety-logo
ann-williamson-nsw-australia

Profesor Emeritus dan Presiden Australiasian College of Road Safety, Ann Williamson berkata, pemandu NSW berusia di bawah 25 tahun didapati terbabit hampir 25 peratus kemalangan di negeri itu walaupun hanya menyumbang 15 peratus pemandu dalam negeri tersebut.

Justeru sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan kemalangan dengan menguat kuasa lebih banyak sekatang terhadap pemandu muda. Williamson berkata kepada portal Guardian;

Dalam enam bulan pertama mendapat lesen, seseorang pemandu sangat terdedah kepada kemalangan. Bukannya pihak berkuasa jalan raya dan pembuat dasar tidak sedar, dan terdapat beberapa sekatan ke atas pemandu muda baharu dan tidak berpengalaman. Tetapi itu tidak cukup.

"Tanpa ragu lagi, sesetengah pemandu baharu akan jadi lebih bagus daripada lain. Jika kita dapat mengenal pasti siapa lebih berisiko dan mengehadkan pengambilan lesen, itu sedikit lebih baik.

"Lelaki mudah, mungkin mereka sepatutnya 21 atau 22 tahun sebelum mendapatkan lesen. Ini perkara yang sangat kontroversi, tetapi ini adalah perkara yang perlu difikirkan."

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
unsw-university-australia

Sementara itu Profesor Rebecca Ivers dari Universiti NSW yang pakar dalam pengurusan dan pencegahan kecederaan percaya pendekatan mengikut jantina sepatutnya mempengaruhi polisi dan regulasi.

Lelaki lebih terdedah kepada kecederaan yang banyak. Ia tiada beza dengan memandu dan saya fikir kita sedang meningkatkan pemahaman yang kita sebenarnya perlu mula meletakkan pandangan jantina tentang itu. Mereka cenderung untuk ambil lebih risiko. Kita perlu mula berkata, kenapa itu berlaku dan apa  kita patut buat tentang itu?" katanya.

Buat masa ini, tiada tanda Kerajaan NSW serius mahu menimbangkan cadangan perubahan ketara itu mengenai sistem pelesenan. Bagaimanapun, Ketua Menteri NSW, Dominis Perrottet pernah menyarankan mengehadkan jumlah penumpang dalam kereta yang dipandu pemandu muda yang dalam lesen percubaann (P).

BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Jenis Lesen Memandu di Malaysia?
BACA >>> Pakar Cadang Naik Had Usia Minimum Lesen Motor kepada 21 Tahun

SUMBER: CarScoops

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Australia, Auto Terkini, lesen memandu, Lesen Memandu Australia, New South Wales (NSW)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my