Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Walaupun Terlibat Kemalangan, Jururawat Nekad Bantu Pesakit Bersalin
Auto Terkini

Walaupun Terlibat Kemalangan, Jururawat Nekad Bantu Pesakit Bersalin

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG jururawat tetap menggalas tugas membantu seorang pesakit wanita bersalin dengan selamat walaupun terlibat kemalangan.

Insiden bermula apabila ambulans dinaiki jururawat tersebut terbabas selepas hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tiba-tiba memotong dari arah bertentangan.

BACA >>> Motosikal Meletup Kena Langgar Ambulans
BACA >>> Lawak!!! Mercedes Cucuk Ambulans, Sekali Kena Jeling Abang Polis

Kemalangan dikatakan berlaku kira-kira jam 1.50 petang ketika ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Tawau. Kisah jururawat itu dikongsi Pengarah Hospital Semporna, Dr Mohd Syahfadzreen Yunus di Facebook.

Beliau berkata;

Malang tidak berbau. Ya inilah gambar yang tular dan punca kejadian kita serahkan kepada polis untuk siasatan terperinci di musim hujan ini.

“Gambar ini bukanlah isu. Tetapi hati ini terkilan dan degupan jantung terhenti seketika apabila warga kerja Hospital yang turut terlibat sama masih membantu pesakit melahirkan bayi dengan selamat selepas kemalangan di tempat kejadian.

“(Alhamdulillah ibu dan bayi selamat dan sihat) dan setibanya staf terlibat di Kecemasan Hospital Semporna (dihantar menggunakan ambulans kedua hospital dan ambulans bomba) ayat pertama yang mereka tuturkan “Saya berharap saya ok sebab nanti rakan lain akan terpaksa cover tugasan saya”.

“Meruntun hati dengar. Disebalik kecederaan yang dialami dan memerlukan rawatan lanjut di hospital pakar, masih merisaukan pesakit dan beban kerja yang ada.

“Inilah perjalanan yang perlu dilalui mereka. Di sebalik cemuhan, kepenatan dan musibah, perkhidmatan perlu diteruskan demi membantu masyarakat. Suatu pengorbanan yang besar.

“Mari bersama doakan agar yang terlibat cepat sembuh. Moga semua juga diberi ketabahan. Semangat mereka tak pernah luntur dan ini yang menjadi sumber kekuatan. Perjuangan perlu diteruskan dan moga sentiasa dibawah lindungan-Nya.”

Menurut laporan, ambulans terbabas di tepi jalan itu menyebabkan dua jururawat cedera, iaitu seorang cedera di bahagian belakang dan seorang lagi patah tulang pinggul.

Seorang wanita hamil berusia 26 tahun disahkan selamat dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut. Pemandu ambulans mengalami kecederaan ringan, dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Semporna untuk pemeriksaan.

BACA >>> X50 Langgar Ambulans, Honda Jadi Mangsa Lampu Isyarat Tumbang
BACA >>> Pemandu CR-V Halang Ambulans Rupanya Ada Masalah Pendengaran

Auto Terkini Dr. Mohd. Syahfadzreen Yunus Hospital Tawau Kemalangan Ambulans Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.