Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Vyrus Alyen – Superbike Stereng Hab-Tengah dengan Enjin Ducati 1199 Panigale
Roda2

Vyrus Alyen – Superbike Stereng Hab-Tengah dengan Enjin Ducati 1199 Panigale

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VYRUS dari Itali kini muncul dengan satu lagi model baharu yang menampilkan rekabentuk unik dan luar biasa berasaskan enjin superbike Ducati.

Dikenali sebagai Alyen, model baharu ini dipacu unit enjin Ducati 1199 Panigale edisi 2014 yang ditala untuk menghasilkan kuasa setinggi 205hp @ 10,500rpm berbanding kuasa asal 195hp.

Trenkuasa V-Twin itu dipasangkan pada frem bentuk ‘omega kembar’ yang diperbuat daripada material magnesium. Sistem suspensi tidak menggunakan fork konvesional, sebaliknya jenis stereng hab-tengah (hub-centre steering) yang direka sendiri Ketua Projek Vyrus, Ascanio Rodorigo.

Rodorigo ialah salah seorang kru unit lumba Bimota dan dikatakan individu bertanggungjawab di sebalik pembuatan komponen sama untuk Bimota Tesi 2D (2004).

BACA >>> #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki

Stereng hab-tengah sebenarnya memisahkan fungsi pengendalian dan suspensi. Ia membantu mengasingkan pergerakan suspensi dan daya membrek yang membolehkan sesebuah motosikal mampu ditunggang lebih lincah di selekoh.

Binaan badan Alyen nyata bukan gaya superbike konvensional. Rekabentuk lampu utama berkonsepkan minimalis dengan gad tangan yang disepadukan dengan lampu signal belok.

Komponen panel badan diperbuat daripada gentian karbon, termasuk rim menerusi proses tempaan unit karbon ‘Bullet’ daripada Rotobox. Sistem ekzos hasil evolusi daripada model Vyrus 982 M2, dan komponen brek jenis Brembo GP4, manakala kedua-dua suspensi buatan Vyrus (Push Rod Twin Pivot).

Setakat ini, tiada maklumat didedahkan mengenai harga, berat atau jumlah unit yang akan dihasilkan. Besar kemungkinan, Alyen ialah superbike edisi terhad.

BACA >>> Spesifikasi Bimota Tesi H2 Bocor? Sama Kuasa, Tetapi Lebih Ringan daripada H2

SPESIFIKASI

  • ENJIN: 4-lejang dwi-silinder Ducati Desmo L 90° penyejukan cecair
  • GEREK x LEJANG: 116mm x 70.8mm
  • SESARAN: 1,285 cc
  • NISBAH MAMPATAN: 11.3 : 1
  • KUASA: 205hp @ 10.500rpm
  • TRANSMISI: klac basah 6-kelajuan
  • BAHAN API: Suntikan kawalan elektronik
  • SUSPENSI: Push Rod Twin Pivot Vyrus (depan); Push Rod Twin Pivot Vyrus (belakang)
  • TAYAR: 120/70 ZR 17 (depan); 200/60 ZR17 (belakang)
  • KAPASITI TANGKI: 11 liter
  • JARAK RODA: 1,575mm
GALERI

SUMBER: DriveMag

Ascanio Rodorigo Bimota Ducati Panigale 1199 Hub-Centre Steering roda2 Stereng Hab-Tengah superbike Vyrus Alyen Vyrus Alyen (2020)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.