Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volvo XC60 2025 Versi Naik Taraf Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Mula RM333k
Roda4

Volvo XC60 2025 Versi Naik Taraf Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Mula RM333k

SyafieBy Syafie10/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volvo XC60 2025 facelift

WAKIL pengedar rasmi kenderaan Volvo di Malaysia, Volvo Car Malaysia (VCM) memperkenalkan model paling popular jenama itu, Volvo XC60 2025 versi kemas kini (facelift).

Sejak diperkenalkan di Malaysia, lebih 6,200 unit XC60 dimiliki pelanggan, sekali gus mengekalkan reputasi sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) pilihan utama keluarga moden.

Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift

Volvo XC60 2025 facelift ditawarkan dalam dua varian. Harga rasmi akan diumumkan kemudian.

  • XC60 T8 AWD PHEV (hibrid plug-in) – Anggaran RM367,888
  • XC60 B5 AWD MHEV (hibrid ringan) – Anggaran RM333,888

Dua Pilihan Elektrifikasi untuk Pasaran Malaysia

Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift

Volvo XC60 2025 facelift menampilkan penambahbaikan baharu seperti gril depan sporty, sistem suspensi udara Volvo dan teknologi intuitif terkini.

Varian Volvo XC60 T8 AWD PHEV menawarkan jarak pemanduan elektrik penuh 89km (WLTP), sesuai untuk perjalanan harian bebas emisi. Digabungkan enjin petrol dengan tork 450Nm, SUV saiz pertengahan itu menjanjikan prestasi responsif untuk perjalanan jauh.

Sementara itu, varian Volvo XC90 B5 MHEV pula lebih praktikal untuk mereka yang mahukan solusi elektrifikasi tanpa pengecasan, dengan kecekapan bahan api lebih baik daripada sistem brek regeneratif.

Rekabentuk Skandinavia Premium

Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift

Volvo XC60 2025 facelift menerima rekabentuk dikemas kini dengan mengekalkan falsafah rekabentuk Skandinavia yang ringkas, yakin dan elegan. Gril bersilang (mesh) baharu dipadankan lampu LED ikonik ‘Tukul Thor’, dan lampu belakang gelap, termasuk pilihan warna baharu Forest Lake dan Bright Dusk.

Bahagian kabin menawarkan tempat duduk paling selesa dalam segmen dan dibekalkan sistem suspensi udara (percuma untuk varian PHEV dalam tempoh terhad), serta penulen udara canggih yang menapis hingga 95 peratus partikel bahaya.

Teknologi Intuitif, Hiburan Premium

Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift

Volvo XC60 2025 facelift kini dilengkapi unit infotainmen 11.2 inci dengan Google terbina dalam untuk akses mudah kepada aplikasi seperti Google Maps, Google Assistant, Spotify dan Waze.

Bagi peminat audio, sistem bunyi premium Bowers & Wilkins High Fidelity disediakan untuk pengalaman akustik setaraf konsert.

Fokus Utama Volvo XC60 Baharu

Volvo XC60 2025 facelift

  • SUV premium terlaris Volvo di Malaysia dengan lebih 6,200 unit terjual
  • Ditawarkan dalam dua varian elektrifikasi – PHEV dan MHEV
  • Jarak pemanduan elektrik penuh sehingga 89km (PHEV)
  • Rekaan Scandinavia baharu lebih sporty dan elegan
  • Teknologi keselamatan pintar Volvo
  • Suspensi udara Volvo dan kabin premium dengan sistem penulen udara canggih

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Chris Wailes berkata;

XC60 kekal sebagai model paling popular kami di Malaysia kerana mewakili segala yang Volvo perjuangkan, rekabentuk elegan, keselamatan tanpa kompromi, dan fleksibiliti elektrifikasi.

“Sama ada plug-in hybrid atau mild hybrid, XC60 menawarkan pemanduan sofistikated dan lestari untuk setiap gaya hidup.”

Dengan kemas kini terbaharu iti, Volvo XC60 kekal sebagai SUV premium paling seimbang di Malaysia yang menggabungkan elektrifikasi, keselamatan bertaraf dunia, keselesaan kabin dan teknologi pintar.

Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Volvo XC60 2025 facelift
Auto Terkini Kenderaan Utilisi Sukan (SUV) SUV segmen-D VOLVO Car Malaysia (VCM) Volvo Cars Malaysia (VCM) Volvo XC60 Volvo XC60 MHEV Volvo XC60 PHEV
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nürburgring

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.