MAHUKAN kereta wagon yang awesome tapi harga mampu milik? Jika ya, Volvo V40 versi facelift 2017 mungkin pilihan terbaik.
Volvo Car Malaysia baru saja memperkenalkan Volvo V40 facelift dengan menampilkan beberapa penambahbaikan dari aspek rekaan luaran dan dalaman.
HARGA
- Volvo V40 2017 - RM180,888
* Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans
4 WARNA PILIHAN
- Luminous Sand (warna baharu)
- Ice White
- Onxy Black
- Osmium Grey
BACA >>> Volvo S90 dan V90 T6 R-Design untuk Lebih Kuasa dan Eksklusif
APA YANG BAHARU
- Gril hadapan lebih menarik
- Lampu hadapan Thor's Hammer
- Rim 17-inci Sarpas bersama tayar 225/45 R17
- Measan Milled Aluminium
- Ciri Cleanzone - Memberikan udara lebih bersih
BACA >>> Volvo S60 T6 Terima Insentif EEV - Harga Turun RM42,000
0-100KMJ HANYA 6.3 SAAT
Volvo V40 T5 2017 masih dipadankan unit enjin yang sama. Dengan bantuan kotak gear automatik 8-kelajuan, Volvo V40 T5 2017 dijana enjin Drive-E bersesaran 2.0L yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 245hp pada 5,500rpm dan tork 350Nm (1,500 - 4,800rpm).
Pecutan dari sifar ke 100kmj mampu dibuat sepantas 6.3 saat dengan kelajuan maksimum 240kmj.
BACA >>> #PanduUji: Volvo XC60 (T5) - Crossover 'Rugged' Penuh KuasaCIRI KESELAMATAN TERBAIK
Antara ciri-ciri keselamatan yang disematkan pada Volvo V40 T5 2017 ialah;
- City System
- Blind Spot Information System (BLIS)
- Park Assist Pilot (PAP)
- Cross Traffic Alert (CTA)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
- Bantuan Brek Hidraulik (HBA)
- Ready Alert Brake (RAB)
- Fading Brake Support (FBS)
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
Apa tunggu lagi? Jom serbu bilik pameran Volvo sekarang juga !
Leave a Reply