Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volvo Rancang Perkenal V40 Versi EV dan Hibrid dengan Dua Varian Bateri
Roda4

Volvo Rancang Perkenal V40 Versi EV dan Hibrid dengan Dua Varian Bateri

Han OthmanBy Han Othman27/12/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO khabarnya sedang merancang membangunkan pengganti V40 yang bakal mengetengahkan elemen rekabentuk 40.2 Concept berasaskan arkitektur sama seperti XC40, termasuk mengekalkan jarak roda sama seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu. Jika menjadi kenyataan, V40 serba baharu itu akan menawarkan ruang kabin yang lebih luas berbanding model sedia ada.

Menariknya, platform Arkitektur Modular Kompak (CMA) akan memberikan akses kepada V40 untuk menggunakan pelbagai varian enjin seperti unit petrol T4 dan T5, termasuk diesel 4-silinder D3 dan D4.

BACA >>> Volvo V40 T5 (2017) Kini Hadir dengan Lampu ‘Tukul Thor’ – Harga RM180,888 Seunit

Platform sama juga membuka ruang kepada pembangunan kenderaan mesra bahan api seperti hibrid plug-in dan elektrik (EV), juga sama seperti saudara SUV yang sudah pun berada di pasaran.


Hot-hatch Volvo itu juga akan menawarkan sekurang-kurangnya dua saiz bateri berbeza. Ini bermakna kos varian basis akan jadi lebih murah, tetapi agak terhad dari segi jarak perjalanan. Sebaliknya, opsyen varian satu lagi yang lebih mahal mampu bergerak lebih jauh dan lebih berkuasa.

Walaupun masih tidak jelas tentang rancangan Volvo untuk memperkenalkan pengganti V40, ramai pemerhati automotif menjangka model berkenaan akan dibangunkan pada 2019 atau 2020.

Varian emisi sifar XC40 dan V40 bukanlah produk EV penuh yang dibangunkan atas arkitektur CMA. Sebaliknya peranan EV itu akan digalas sedan prestasi, Polestar 2 yang dijangka debut pada pertengahan 2019.

* Foto: Volvo 40.2 Concept

GALERI

Arkitektur Modular Kompak (CMA) CMA Compact Modular Architecture (CMA) EV hibrid plug-in hot-hatch Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Volvo 40.2 Concept Volvo V40
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

18/06/2026
Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.