Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027, Rekaan Ringkas Kurang Drama, Sasar Harga Mula RM126 k

Abang HirataBy Abang Hirata18/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLKSWAGEN memberikan bayangan awal model SUV kompak elektrik terbaharu mereka iaitu ID. Cross melalui kemunculan model tersebut di jalan raya Amsterdam.

Model ini dijadualkan bakal memasuki pasaran Eropah bermula musim luruh 2026 (September hingga November) dengan sasaran harga permulaan sekitar 28,000 euro (RM126,280).

Langkah ini merupakan sebahagian daripada misi VW dalam menawarkan EV pada harga mampu milik.

Reka Bentuk Luaran Tampil Ringkas Dan Tanpa Drama

Dari sudut estetik, bahagian luar ID. Cross menggunakan bahasa reka bentuk baharu Volkswagen yang dikenali sebagai Pure Positive.

Gayaan model ini dicirikan oleh garisan yang jelas, perkadaran badan yang seimbang serta penampilan yang berkualiti tinggi.

Walaupun lengkap dengan pelekat samaran, reka bentuk luaran SUV dengan panjang 4.1 m dan tinggi 1.58 m ini tampil ringkas dan kurang drama.

Ruang Kabin dan Kualiti Dalaman

Suasana di dalam kabin turut memberikan fokus kepada ketenangan dan kejelasan. Penggunaan bahan serta kualiti buatannya terarah kepada standard kelas kenderaan yang lebih tinggi.

SUV ini menawarkan lima tempat duduk dengan penggunaan ruang yang sangat cekap. Bagi memudahkan pemandu, ia dilengkapi fungsi dan butang yang intuitif serta paparan skrin format besar yang melengkapkan lagi impresi keseluruhan yang berkualiti tinggi.

Trenkuasa dan Pilihan Bateri

ID. Cross ditawarkan dengan tiga tahap kuasa iaitu 85 kW (115 ps), 99 kW (135 ps) dan 155 kW (211 ps).

Rangkaian kuasa ini dipadankan dengan dua pilihan saiz bateri iaitu 37 kWj dan 52 kWj (kapasiti bersih).

Dari segi pengecasan, model ini boleh menerima pengecasan pantas DC sehingga 90 kW dan sehingga 105 kW bagi varian bateri yang lebih besar.

Harga

Dengan gabungan dimensi yang kompak, teknologi dan sistem bantuan moden, kualiti buatan yang tinggi, ruang yang luas serta harga permulaan sekitar 28,000 euro, ID. Cross baharu menawarkan satu pakej yang menarik.

Ciri-Ciri Ringkas ID. Cross

  • Pilihan Kuasa Motor Elektrik: 85 kW (115 ps), 99 kW (135 ps) dan 155 kW (211 ps)

  • Saiz Bateri: 37 kWj dan 52 kWj (bersih)

  • Sistem Pengecasan Pantas DC: 90 kW sehingga 105 kW

  • Harga Permulaan: Sekitar 28,000 euro (RM126,280)

  • Tarikh Pelancaran Eropah: Musim luruh 2026 (September hingga November)

Volkswagen Volkswagen ID. Cross vw
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Triumph Daytona 660 2026 – Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di 24 Hours of Nรผrburgring

    18/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.