Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 Rasmi Lancar!
Roda4

Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 Rasmi Lancar!

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
SELEPAS mencatat rekod di Nürburgring, Volkswagen dengan bangga memperkenalkan Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 di perlumbaan enduran 24 Hours of Nürburgring. Model itu ialah perayaan awal sempena ulang tahun ke-50 Golf GTI yang bakal disambut pada 2026.

Dengan kuasa 325ps mengagumkan, Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 bakal dicatat dalam sejarah sebagai Golf GTI pengeluaran paling berkuasa pernah dihasilkan.

Logo 24 Hours of Nurburgring
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026

 

Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026: Legasi GTI Terus Bersemi

Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 adalah antara kereta sport kompak paling berjaya di dunia, dengan lebih 2.5 juta unit dihasilkan seluruh dunia hingga kini.

Volkswagen menekankan selama lima dekad, GTI melambangkan lebih daripada sekadar prestasi dan keseronokan memandu, tetapi juga gaya hidup yang menyatukan peminat seluruh dunia dan elemen penting kepada kekuatan jenama itu.

Satu lagi, ketika model tradisional disaingi kenderaan elektrifikasi, Volkswagen mengesahkan GTI akan terus hidup pada masa depan tanpa sebarang kompromi.

Dinamik Pemanduan Kelas Pertama, Termasuk di Litar

Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 dibangunkan sebagai GTI terpantas dan paling berkuasa hingga kini. Konsep GTI dibawa ke tahap baharu menerusi penawaran pakej pilihan Performance dengan beberapa penambahbaikan utama pada model ulang tahun itu seperti:

  • Casis sport Kawalan Casis Dinamik (DCC) talaan baharu.
  • Kunci diferensial (LSD) depan  yang dilaras teliti.
  • Stereng progresif ketepatan tinggi.

Hasilnya, model edisi istimewa berorientasi prestasi dengan karakter tersendiri daripada pengalaman 50 tahun pembangunan GTI yang diterapkan dalam casis pilihan Performance.

Dengan teknologi casis legenda Volkswagen Golf VII GTI Clubsport yang digabungkan tayar semi-slik baharu, tahap cengkaman gandar depan dipertingkat sambil mengekalkan pengendalian neutral dan lincah.

Rekod Pusingan Nürburgring

Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026

Pemandu perlumbaan profesional, Benjamin Leuchter mengesahkan potensi luar biasa Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 di litar Nürburgring Nordschleife sepanjang 20.832km.

Beliau mencatatkan masa terpantas 07:46:13 minit pada April 2025 sebagai pusingan terpantas pernah dicatatkan sebuah Golf pengeluaran di litar, yang juga dikenali sebagai Green Hell.

Leuchter mendakwa Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 sebagai Volkswagen paling tepat dan sporty pernah dipandunya yang mengingatkan beliau kepada Golf GTI Clubsport S pada 2016, dengan peningkatan sistematik ketara.

Beliau mendapati model tersebut sangat intuitif dan tepat yang membolehkan ia dipandu penuh keyakinan dan mencapai prestasi maksimum.

Lebih Kuasa, Lebih Ketangkasan

Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026

Model istimewa itu dilengkapi enjin 2.0L Turbo daripada Golf GTI Clubsport, yang asalnya menghasilkan output kuasa 300ps.

Melalui penambahbaikan enjin dalaman, output kuasa Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 dipertingkat kepada 325ps atau lonjakan 60ps berbanding Golf GTI biasa (265ps).

Tork maksimum juga dipertingkat kepada 420Nm. Sebagai perbandingan, Golf GTI Clubsport mempunyai tork maksimum 400Nm, manakala Golf GTI (370Nm).

Casis Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 diperhalusi dan disesuaikan dengan kuasa lebih tinggi. Secara keseluruhan, model ulang tahun itu adalah 15mm lebih rendah daripada konfigurasi asas.

Pakej GTI Performance: Tahap Sporty Lebih Tinggi

Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026

Bagi pemandu yang mahukan pengalaman lebih sporty, Volkswagen menawarkan Pakej GTI Performance secara eksklusif untuk Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026, yang lengkap dengan casis Performance.

Pakej itu terdiri daripada:

  • Kekenyalan spring lebih tinggi yang meningkatkan frekuensi natural pada gandar depan dan belakang sekitar 20 peratus, menghasilkan sokongan lebih baik, respons lebih langsung, dan kecenderungan olengan serta lonjakan lebih rendah.
  • Penurunan 5mm, menjadikan model tersebut 20mm lebih rendah daripada Golf standard.
  • Cagak (bushing) suspensi disesuaikan untuk respons optimum.
  • Tayar semi-slik Potenza Race saiz 235 daripada Bridgestone pada rim tempa Warmenau 19 inci.
  • Tayar dibangunkan baharu dengan cengkaman lebih baik dan rintangan guling (rolling resistance) lebih rendah, dan kira-kira 1.1kg lebih ringan pada setiap tayar berbanding tayar standard.
  • Rim tempa hanya seberat 8kg setiap rim, iaitu kira-kira 3kg lebih ringan berbanding rim standard 19 inci.
  • Sistem ekzos R-Performance ringan dengan difuser belakang titanium daripada Akrapovič yang menjimatkan tambahan 11kg.

Ciri Khas Ulang Tahun

Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026

Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 menampilkan pelbagai ciri eksklusif pada bahagian dalaman dan luaran:

Bahagian Dalaman

  • Tali keledar merah dengan kerusi sporty corak kotak.
  • Garisan dalam Racing Green dan elemen velour sintetik untuk suasana kualiti tinggi dengan sentuhan sukan permotoran.
  • Stereng sport kulit multifungsi yang direka dengan logo GTI 50.
  • Pedal syif bersepadu untuk transmisi DSG 7-kelajuan menawarkan pengalaman pemanduan sporty sebenar.

Bahagian Luaran

  • Logo GTI 50 ditempatkan pada spoiler bumbung dan bahagian dalam cermin sisi.
  • Ciri eksklusif lain seperti kemasan istimewa pada sil pintu.
  • Bumbung hitam.
  • Cermin sisi hitam.
  • Kemasan paip ekzos hitam.
  • Jalur sisi pada anggota sisi dengan gradien warna dari hitam ke merah yang menekankan ciri sporty.

Pilihan Warna Luaran

  • Pure White (putih) yang klasik
  • MoonstoneGrey (kelabu)
  • Grenadilla Black Metallic (hitam)
  • Dark Moss Green Metallic (hijau), warna eksklusif
  • Tornado Red (merah), warna eksklusif

Tornado red adalah warna yang sinonim dengan kenderaan Volkswagen prestasi tinggi selama beberapa dekad sejak 1986.

Banyak model atasan pada zaman itu menggunakan warna cat khas tersebut, termasuk Golf II GTI 16V, Golf III VR6, dan Golf VII GTI TCR.

Pengeluaran model edisi istimewa berkenaan dijadualkan bermula di Wolfsburg pada penghujung 2025 supaya dapat dihantar kepada pelanggan seawal suku pertama 2026 sempena permulaan tahun ulang tahun.

Volkswagen Golf GTI Edition 50
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Volkswagen Golf GTI 50 Edition 2026
Benjamin Leuchter hot-hatch Volkswagen Volkswagen Golf Volkswagen Golf GTI Volkswagen Golf GTI Edition 50 Volkswagen Golf GTI Edition 50 2026 vw
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Honda CR-V 2026 | Jepun
HEV

Honda CR-V Generasi ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

02/03/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.