Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Fest 2017 – Jetta ALLSTAR & Beetle Edisi Merdeka ke-60 Jadi Tumpuan
Auto Terkini

Volkswagen Fest 2017 – Jetta ALLSTAR & Beetle Edisi Merdeka ke-60 Jadi Tumpuan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA Volkwagen Fest 2017 yang sedang berlangsung hari ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan dua model ‘Edisi Khas’ buat peminat VW seluruh Malaysia, iaitu Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60.

VW JETTA ALLSTAR


VW Jetta ALLSTAR ialah model ketiga menerima kemasan aksesori ALLSTAR yang dibangunkan khas buat pelanggan VW yang mahu tampil berbeza. Aksesori ALLSTAR pertama kali diperkenalkan menerusi model Polo sebelum disusuli Vento.

Jetta masih menggunakan enjin sama, 1.4L TSI dengan kotak gear anjakan terus (DSG) 7-kelajuan berkuasa 147hp dan tork 250Nm. Model Jetta  ALLSTAR didatangkan dengan aksesori eksklusif bernilai RM3,000, terdiri daripada:

  • Pedal sport aluminium
  • Spoiler
  • Plat sisi
  • Lencana dan karpet lantai ALLSTAR
HARGA

VW Jetta ALLSTAR dijual di pasaran pada harga RM109,990 seunit.

WARNA
  • Candy White (putih)
  • Platinum Grey (kelabu)
  • Reflex Silver (perak)
  • Deep Black (hitam)

VW BEETLE EDISI MERDEKA KE-60


Di samping Jetta ALL STAR, VPCM turut memperkenalkan VW Beetle Edisi Merdeka ke-60 yang didatangkan dalam jumlah terhad, iaitu 16 unit sahaja. Model ikonik edisi terhad itu didatangkan dengan jaminan lima tahun, berserta cukai jalan 60 bulan atau 5 tahun, dan beg Beetle edisi terhad.

Di bawah bonet tersimpan enjin 1.2L TSI berkuasa 103hp dan tork 175Nm dengan transmisi DSG 7-kelajuan automatik. Berikut kemasan ditampilkan VW Beetle Edisi Merdeka ke-60:

  • Pelekat nombor 60 atas bonet dan tepi pintu.
  • Pelekat jalur merah-biru atas bonet, tepi badan, bumbung dan but.
  • Stereng kulit multi info.
  • Skrin sentuh ‘composition colour’ 5.8 inci dengan sambungan USB dan Bluetooth.
  • 8-unit pembesar suara.
  • Kemasan kerusi fabrik ‘Pepita’.
HARGA

VW Beetle Edisi Merdeka ke-60 dijual pada harga RM136,888 seunit.

WARNA
  • Pure White (putih).
  • White Silver (putih/perak).

Jangan lupa kunjungi Volkswagen Fest 2017 di Setia City Convention Centre (SCCC), hujung minggu ini untuk melihat model baharu VW, termasuk memandu uji dan melakukan pemeriksaan kenderaan VW.

GALERI

 

 

ALLSTAR Auto Terkini Roda4 Volkswagen Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) VW Beetle Merdeka VW Jetta ALLSTAR
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.