Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Vietnam Lancar Honda Air Blade 125 (2019) Serba Baharu, Kini Lebih Maskulin dan Trendy
Roda2

Vietnam Lancar Honda Air Blade 125 (2019) Serba Baharu, Kini Lebih Maskulin dan Trendy

AryonBy Aryon02/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Vietnam melancarkan Air Blade 125 (2019) serba baharu dengan harga bermula ₫37,990,000 (RM6,817) hingga ₫41,790,000 (RM7,499) yang didatangkan dalam empat pilihan varian dengan rekabentuk lebih maskulin dan agresif.

Ada 4 varian ditawarkan iaitu:

  • Premium – warna khas: Black Gray – ₫41,590,000 juta (RM7,463)
  • Dark – warna khas: Black Red – ₫41,790,000 (RM7,499)
  • Advanced – 4 warna: Black Silver, Black Silver Black, Silver Black, Red Silver Black – ₫40,590,000 (RM7,283)
  • Standard – 4 warna: White Black, White Black Red, Black Silver, Red White Black – ₫37,990,000 (RM6,817)

Keseluruhannya ada 10 warna berbeza ditawarkan untuk dipilih mengikut cita rasa pembeli.

TEKNOLOGI PGM-FI, eSP

Air Blade 125 (2019) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc eSP penyejukan cecair berkuasa 11.2hp @ 8,500rpm dan tork 11.26Nm @ 5,000rpm yang disepadukan dengan teknologi termaju Honda, terdiri daripada: sistem suntikan bahan api elektronik PGM-FI, penghidup ACG,  dan sisten henti lahu (idling stop), yang memberikan tahap ekonomi bahan api lebih baik berbanding model terdahulu.

Rekabentuk Air Blade 125 (2019) tampil serba baharu dengan rupa agresif berserta ciri moden. Rekaan strip dicetak timbul pada lencana ‘Air Blade’ di sisi badan, manakala lampu utama dan belakang bercirikan LED, dengan panel meter LCD yang juga LED. Malah, rekabentuk cermin sisi juga tampil unik dan tersendiri dengan sedikit kemasan paten karbon, yang turut dihiaskan pada paip ekzos.

CIRI UNIK, MENARIK

Antara ciri menarik dimiliki Air Blade 125 (2019) ini ialah kunci pintar, dan ruang simpanan bawah pelana luas yang mampu memuatkan  satu helmet muka penuh berserta barangan peribadi lain. Corong tangki minyak 4.4 liter diletakkan di tengah bahagian depan atau leher motor yang memudahkan kerja mengisi petrol dibuat tanpa perlu membuka pelana. Tongkat juga dipasangkan suis khas yang akan mematikan sistem komputer motosikal apabila diturunkan. Enjin cuma dapat dihidupkan apabila tongkat dinaikkan.

Tayar jenis tiubles dipasangkan pada rim yang dihasilkan daripada bahan mesra alam. Akhir sekali ialah sistem brek kombi, yakni ciri yang semakin banyak digunakan motosikal jenis skuter. Sistem ini berfungsi mengagihkan daya brek yang sesuai untuk tayar depan dan belakang dengan hanya menarik tuil brek sebelah kiri hendal. Namun tuil brek kanan masih ada, dan pengguna disarankan menggunakan kedua-dua tuil brek.

Debut Air Blade 125 serba baharu di Vietnam itu secara tidak langsung memberi bayangan tentang bakal kemunculan skuter itu di Malaysia pada 2019. Adakah ada dalam senarai model baharu Boon Siew Honda?

Honda Air Blade 125 (lama)
Honda Air Blade 125 (2018)
GALERI

SUMBER: Zing.vn | Honda Vietnam

Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda Air Blade 125 (2019) Moped PGMFI roda2 skuter
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.