Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Vietnam Import 2 Unit Ducati 959 Panigale Corse, RM113k Sahaja
Roda2

Vietnam Import 2 Unit Ducati 959 Panigale Corse, RM113k Sahaja

AryonBy Aryon27/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA Malaysia baru saja melancarkan Ducati Panigale V4 R, Vietnam pula memperkenalkan 2 unit 959 Panigale Corse yang dibawa masuk dalam versi import (CBU) dengan harga pasaran 635 juta dong (RM113,100). Tak mahal sangatkan?

959 Panigale Corse ialah model versi lumba yang dinaik taraf daripada versi standard. Debut dilakukan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, bersama sebuah lagi model, Ducati V4.

Di Vietnam, 959 Panigale versi standard dijual pada harga 592 juta dong (RM105,400). Dari segi rekabentuk pula, 959 Panigale Corse tampil berbeza daripada versi standard, dan penampilan paling ketara ialah skema warna merah-putih yang mengambil ilham jentera lumba Ducati.

Sebagai model pengganti 899 Panigale, rekabentuk 959 Panigale direka untuk meningkatkan aspek aerodinamik dan sport. Ambilan udara di sisi direka semula, manakala cermin sisi diperbaharui, termasuk sistem lampu.

BACA >>> Ducati Lancar 9 Model Baharu 2019, Termasuk Panigale V4 R untuk Pasaran Malaysia

Aerodinamik belakang dipertingkat menerusi dua slot difuser yang direka di celahan kluster lampu bentuk-X. Signal belok direka terpisah daripada badan, dipasangkan bersama madgad. Tidak seperti 959 Panigale Corse yang dilancarkan pada 2017, model Vietnam ini tidak banyak dinaik taraf dari segi kelengkapan.

BACA >>> Ini Mungkin Penunggang GrabFood Paling Laju di Malaysia, Hantar Makanan Naik Ducati

Sistem dwi ekzos asal masih digunakan, bukan titanium Akrapovic, diilhamkan daripada MotoGP. Suspensi depan jenis terbalik (USD) menggunakan fork Showa BPF 43mm. Sistem brek menggunakan dwi brek cakera depan 320mm diapit kaliper brek 4-piston Brekmbo M4.32, manakala belakang ialah cakera tunggal diameter 245mm. Tidak dilupakan sistem brek anti-kunci 2 saluran Bosch untuk tambahan ciri keselamatan.

959 Panigale Corse dijana enjin Superquadro L-Twin 955cc, direka dengan lejang piston panjang untuk memaksimumkan prestasi atas jalan. Kuasa dihasilkan ialah 150hp @ 10,500rpm dan tork maksimum 102Nm @ 9,000rpm, serta patuh Euro4.

Di Britain, 959 Panigale Corse berharga £16,000 (RM84,200), dengan ekstra kelengkapan. Di Malaysia, Panigale V4 R yang baru dilancarkan minggu lalu dijual pada harga RM299,900.

BACA >>> Ducati Diavel 1260 S (RM139k) dan Panigale V4 R (RM299k) Kini Rasmi di Malaysia

GALERI
Ducati Ducati 959 Panigale Corse Ducati Panigale Ducati Vietnam roda2 superbike Vietnam
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.