• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

#Videotomotif: Teaser Kedua Triumph Speed Triple (2018) Didedahkan

February 1, 2018 By AI 1 Comment


SEBELUM ini Triumph ada menyiarkan video yang memaparkan pelumbaan antara pelumba World Superbike, Carl Fogarty dan pelumba Isle of Man TT, Gary Johnson. Video berdurasi 2:00 minit itu jelas menunjukkan isyarat kemunculan streetfighter baharu yang cukup mudah diteka sebagai Speed Triple.

Kemungkinan ada dua varian Speed Triple baharu diperkenalkan sebagai penghormatan kepada model yang bakal meraikan ulang tahun ke-24 itu tahun ini.

BACA >>> Triumph Street Triple (2017) Lincah & Berkuasa - Harga Bermula RM52,900

Pelancaran video kedua ini pula mendedahkan kemunculan rasmi model tersebut pada 5 Februari nanti, seperti ditayangkan penghujung video. Speed Triple akan menerima enjin yang dikemas kini walaupun sangat mirip. Perbezaan paling ketara dapat dilihat adalah pada bahagian kepala silinder.

KAPASITI ENJIN SAMA

triumph_speed_triple_pandulaju1
triumph_speed_triple_pandulaju2
triumph_speed_triple_pandulaju3

Menurut laporan MCN, kapasiti enjin, 1050cc dijangka sama, tetapi dengan perubahan besar. Memandangkan Tiger 1200 baharu (dan juga Speed Triple lama) ditampilkan dengan 100 perubahan rekabentuk enjin, jadi memang tidak mustahil perkara sama turut dilakukan.

Menurut jurugambar MCN yang terserempak kelibat Speed Triple (2018) sedang diuji, Triumph baharu itu memiliki had rev tinggi dan ada kemungkinan menghasilkan kuasa kecil sekitar 150hp. Khabarnya, Triumph akan memperkenalkan dua opsyen varian:  R dan RS.

Kedua-dua model akan menerima skrin TFT warna penuh seperti Street Triple R dan RS, termasuk ciri elektronik (seperti mod tunggangan dan kawalan traksi). Model R akan menerima perubahan kecil berupa ekzos baharu, lampu LED dan rim 5-jejari.

Triumph_Speed_Triple_11
Triumph_Speed_Triple_08
Triumph_Speed_Triple_06
Triumph_Speed_Triple_02

Model RS pula dilengkapi ciri tambahan dan perubahan paling ketara berbanding varian standard ialah suspensi Öhlin depan dan belakang. Kedua-dua unit suspensi tersebut adalah jenis boleh laras sepenuhnya. Varian RS juga didatangkan dengan ekzos Titanium Arrow dengan perisai panas karbon sebagai ciri standard.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu 'Quick Shifter' untuk Motosikal?

Tidak ketinggalan, RS turut menerima ciri khas Street Triple seperti barangan Brembo dan teknologi Quick Shifter serta aksesori gentian karbon dan subfrem berbeza berbanding R.

VIDEO

SUMBER: MCN

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: roda2, Speed Triple, street triple, teaser, Triumph, Triumph Speed Triple (2018), video, video teaser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan PerbandinganSOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan
  • Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)
  • #TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?#TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?
  • #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?#TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?
  • #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal#ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my