Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Videotomotif: Pemandu Lori Buat ‘U-Turn’ Tengah Lebuh Raya Singapura
Autotainment

#Videotomotif: Pemandu Lori Buat ‘U-Turn’ Tengah Lebuh Raya Singapura

Han OthmanBy Han Othman28/03/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMANDU teruk ada di mana-mana tanpa mengira di negara mana pun dia dilahirkan. Tidak perlulah kita menghentam sikap pemandu di negara sendiri kononnya di negara ini sajalah wujudnya pemandu paling teruk di dunia. Tetapi itu bukanlah bermakna kita patut merestui dan bergembira dengan kebiadapan sesetengah pemandu kita yang sememangnya sudah biadap.

Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah mula mengajar diri dan generasi muda kita supaya berdisiplin, berhemah dan berbudi pekerti tinggi ketika di jalan raya, termasuk menghormati undang-undang.

PEMANDU LORI SINGAPURA

Lihatlah rakaman video di bawah ini, seorang pemandu lori di Singapura dikesan cuba melakukan pusingan U di tengah laluan lebuh raya yang sibuk. Aksi berbahaya itu sempat dirakam kamera pemuka (dashcam) milik seorang pemandu yang dimuat naik ke laman YouTube beberapa minggu lalu.

Pemandu lori tersebut didapati berhenti dan membuat pusingan U di tengah laluan lebuh raya yang sedang bergerak sebelum menyongsang arus dan sekali lagi melakukan pusingan U. Tindakan itu bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya lain, tetapi apa yang lebih menimbulkan kemarahan adalah pemandu lori itu berdegil meneruskan perjalanannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Mujurkan tiada pengguna jalan raya yang datang menghentam lori tersebut kerana masing-masing memandu mengikut had laju ditetapkan dan sempat memperlahankan kenderaan tepat pada masanya.

Memang biadap dan mementingkan diri sendiri!

SUMBER: Car Scoops

autotainment lori memandu menyongsang arus pemandu biadap pemandu lori
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Steinwinter Supercargo 1983
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

05/06/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.