Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita
Sembang Deras

#Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita

DeeBy Dee11/01/20211 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda wanita sedang mencari kereta mampu milik yang didatangkan ciri keselamatan canggih, kos servis murah dan pelbagai ciri lain, Perodua Axia ialah calon terbaik!

Maklumlah, semua sedia maklum kos sara hidup zaman sekarang serba tinggi dan ramai wanita harus berjimat-cermat, terutama belanja pengangkutan. Kereta yang hendak dibeli bukan saja perlu rendah bayaran bulanan, tetapi juga mesti praktikal, selesa dan selamat. Paling penting, haruslah ada cita rasa!

Di bawah ini kami senaraikan lima sebab kenapa Axia ialah model kereta terbaik yang boleh dibeli pemandu wanita Malaysia:

1. CANTIK DIPANDANG, MUDAH DIPANDU

Pemandu wanita, terutama mereka yang tinggal di kawasan bandar sesak dan padat, Axia memang mudah dipandu kerana bersaiz kompak. Saiz kecil bukan saja memudahkan kereta ini dipandu di jalan dan lorong sesak, tetapi juga senang diparkir. Senang cerita kereta ini memberi lebih keyakinan kepada pemandu.

Axia juga memiliki rupa paras menarik. Kereta ini memang comel dan sentiasa cantik dipandang. Sesuai dengan ciri keperempuan gitu…

2. HARGA MAMPU MILIK, JIMAT BELANJA

Jika hendak berjimat, inilah kereta pilihan terbaik yang ada di pasaran. Tahu tak, Perodua turut menawarkan beberapa pakej pembiayaan istimewa untuk graduan atau pembeli kereta pertama seperti Gogo Graduates dan My First Car.

Berikut senarai varian dan harga Axia;

  • 1.0 E (MT) – RM23,367
  • 1.0 G (AT) – RM32,485
  • Gxtra (AT) – RM33,940
  • 1.0 Style (AT) – RM37,515
  • 1.0 SE (AT) – RM37,515
  • 1.0 AV (AT) – RM41,427, dengan Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0

3. JIMAT MINYAK, PANDU LEBIH JAUH

Ini juga antara perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membeli kereta. Axia dijana enjin 12-injap 1.0L DOHC dengan teknologi pemasaan injap variabel VTT-i dan suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 67hp @ 6,000rpm dan tork 91Nm @ 4,400rpm. Axia turut mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV) kerana menawarkan kecekapan bahan api ekonomi.

Kalau nak tahu, penggunaan bahan api ialah 21.6km per liter untuk varian AV dan SE, manakala 20.8 km per liter untuk varian Style yang ketiga-tiganya menggunakan transmisi automatik. Jika memilih transmisi manual, Axia mampu dipandu 22.5km per liter. Betul-betul jauh boleh pergi!

4. ADA MACAM-MACAM CIRI MENARIK, PRAKTIKAL

Selain bersaiz kecil, Axia juga menyediakan pelbagai ciri menarik yang memberikan nilai tambah kepada pemandu wanita seperti cangkuk anti-ragut, kunci pintar dan butang tekan mula (push-start), kerusi belakang boleh direbahkan, kamera undur, unit infotainment dengan sistem multimedia Smartlink dengan navigasi dan banyak lagi.

5. ADA SISTEM KESELAMATAN CANGGIH, ADA A.S.A 2.0!

Tidak dapat dinafikan, selain faktor harga, sistem keselamatan juga penting buat pemandu wanita. Walaupun dijual pada harga mampu milik, Axia turut dilengkapkan ciri keselamatan seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Varian tertinggi, Axia AV dipakejkan bersama sistem Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0, terdiri daripada:

  • Pengesan Pejalan Kaki – kelajuan hingga 50kmj
  • Amaran Pra Pelanggaran (PCW) – kelajuan hingga 100kmj
  • Brek Pra Pelanggaran (PCB) – kelajuan hingga 80kmj
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Kawalan Salah Pedal

Ingin tahu lebih lanjut apa yang menarik tentang Perodua Axia? Jom layan celoteh Dee dalam video di atas. 😉

BACA >>> Filipina Lancar Toyota Wigo (Perodua Axia) Versi Facelift, Ada Varian TRD S!
BACA >>> #PanduUji: Perodua Axia (2019) Style atau Advance, Mana Satu Nak Beli?

Enjin Perodua Axia Harga Perodua Axia Kereta kompak Penggunaan Bahan Api Perodua Axia Perodua Perodua Axia Perodua Axia (2020) Perodua Axia 2019 Advance Perodua Axia 2019 Style
Dee

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026

1 Comment

  1. Perodua Axia on 09/12/2022 20:38

    yes.. saya setuju pendapat tuan/puan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.