Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Videotomotif: Gara-Gara Parkir Tak Sekolah, Kereta Ini Dirempuh Bas (Pun Tak Sekolah)
Auto Terkini

#Videotomotif: Gara-Gara Parkir Tak Sekolah, Kereta Ini Dirempuh Bas (Pun Tak Sekolah)

Han OthmanBy Han Othman29/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADAH meletakkan kenderaan sesuka hati, sebuah bas di Teresina, Brazil merempuh sebuah kereta yang diparkir seperti tidak pernah belajar di sekolah memandu.

Sebenarnya, ada dua kesalahan yang boleh diulas berdasarkan rakaman video di bawah membabitkan kereta diparkir dan bas yang dipandu.

BACA >>> #Videotomotif: Tidak Hujan, Tidak Ribut, Motosikal Elektrik Ini Tiba-Tiba Terbakar

PARKIR TAK SEKOLAH

Kesalahan pertama paling jelas, iaitu kereta yang diparkir secara berbahaya (kita namakan kereta-tak-sekolah). Agak hairan juga kenapa si tuan kereta boleh terfikir hendak meletakkan kenderaannya seperti itu yang jelas sekali mengundang risiko bahaya.


Kesalahan kedua pula ialah drebar bas kedua yang mengekor terlalu rapat bas di depan. Tambahan lagi dengan posisi pemanduan sebelah kiri (LHD) di Brazil, apa dilakukan itu (mengekor rapat) menyukarkan dia memantau situasi jalan raya sebelah kanan.

Dan apabila bas depan cuba ke kiri untuk mengelak kereta-tak-sekolah itu, drebar bas di belakang gagal mengesan kelibat kereta tersebut dan rempuhan pun terjadi.


Walapun mungkin ada yang menganggap kereta-tak-sekolah masih dalam zon laluan lorong satu, tetapi ingat, pemandu normal biasanya memerlukan ‘ruang selisih’ (lihat gambar atas) berjarak sekurang-kurang 2 kaki (60sm) sama ada kiri dan kanan dengan kenderaan sebelah.

Ruang selisih pula bergantung kepada masa dan halaju kenderaan. Sebab itulah kenderaan yang berselisih di jalan sempit biasanya bergerak perlahan supaya masing-masing dapat mengagak ruang selisih. Misalnya, jika pejalan kaki berdiri atas garisan jalan, pemandu tetap juga akan membelok sedikit ke tengah untuk mendapatkan ruang selisih yang dirasakan sesuai walaupun dia boleh saja memandu lurus tanpa melanggar pejalan kaki.

Ini kerana visual dan pandangan tidak memberikan penilaian yang sama. Sebab itu pejalan kaki sangat dilarang melintas sembarangan dan berdiri atas garisan.

PANDANGAN TERHALANG

Jadi, drebar bas kedua tidak nampak visual sebenar kereta di sebelah kanannya kerana mengekor terlalu rapat bas di depan. Apabila bas di depan membelok sedikit ke tengah untuk mendapatkan ruang selisih, drebar bas kedua gagal melakukannya dan kemalangan pun berlaku.

BACA >>> #Videotomotif: Baru 16 Tahun Sudah Jadi Joki Drag Pro, dan Masih Merempit Jalanan

Tidak pasal-pasal pula kereta dan motosikal di depan kereta-tak-sekolah turut jadi mangsa. Bayangkan pula kalau ada motosikal di sebelah bas pertama, tidakkah dia berisiko dirempuh jika bas itu membelok sedikit ke tengah tiba-tiba? Semuanya gara-gara kereta-tak-sekolah. Hmm…

KEMAS KINI:

Bas kedua nampak seperti ditunda bas pertama (lihat minit 0:29), dan bukan mengekor rapat. Jadi kesalahan sekarang memang sepenuhnya ke atas kereta-tak-sekolah. Apapun, isu ‘ruang selisih’ tetap relevan untuk apa saja situasi memandu. Jadi elakkan mengekor kenderaan depan terlalu rapat dan laju.

Tapi power juga bas towing bas ohoiii!

towing

Brazil Jarak Selisih kemalangan Kemalangan di Brazil Ruang Selisih Tip Jalan Raya videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

05/06/2026
Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
Auto Terkini

Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

05/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

04/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.