Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Video Pemandu Tak Ada Lesen Menangis Teruk HR-V Terbalik Langgar Pokok
Auto Terkini

Video Pemandu Tak Ada Lesen Menangis Teruk HR-V Terbalik Langgar Pokok

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU video tular seorang remaja sekolah menengah menunjuk-nunjuk kereta baharu jenis Honda HR-V generasi baharu kepada rakannya sebelum kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut terlibat kemalangan.

Klip video tular itu dikongsi pemilik akaun TikTok @monkey_d.luffy408 dilaporkan berlaku di Jalan Bulu Pekoto, daerah Paleteang di Pinrang, Sulawesi Selatan, Indonesia.

@monkey_d.luffy408 hannncur mobil baruu #TikTokPromote #vira #fypシ #pinrang ♬ suara asli – Monkey_D.luffy

Rakaman menunjukkan aksi pemandu bawah umur sedang menari-nari sambil mendengar lagu. Kemudian, klip video sama menunjukkan SUV dipandu remaja tersebut terbalik, dipercayai melanggar pokok.

Juga kedengaran si pemandu menangis, manakala HR-V dipandunya rosak teruk. Lebih memilukan, tiada tuntutan insurans boleh dibuat kerana pemandunya masih di bawah umur.

Ketua Komunikasi dan Pengurusan Khidmat Pelanggan Asuransi Astra, Laurentius Iwan Pranoto berkata, asas kepada tuntutan insurans dibuat bergantung kepada Polisi Standard Insurans Kenderaan Bermotor (PSAKBI).

Ada diterima atau tidak (tuntutan insurans) perlu berdasarkan kepada PSAKBI. Adakah individu terbabit melanggar Akta Lalu Lintas Jalan Raya (UU LLAJ). Jika kamu tiada lesen memandu (SIM) kamu tidak dibenarkan memandu mengikut peraturan Undang-Undang Lalu Lintas.”

Menurutnya, dalam PSAKBI tertulis insurans tidak memberi perlindungan kepada kepada pihak ketiga jika;

  • Kemalangan disebabkan tindakan sengaja orang yang diinsuranskan atau pemandu.
  • Kenderaan diinsuranskan dipandu orang lain yang tiada lesen memandu mengikut peraturan dan undang-undang berkaitan.
  • Dipandu individu bawah pengaruh alkohol, dadah atau bahan berbahaya lain.
  • Dipandu secara paksaan walaupun kondisi kenderaan secara teknikal adalah rosak atau tidak layak dipandu atas jalan.
  • Memasuki atau melalui jalan ditutup, larangan jalan atau tidak sesuai untuk kenderaan bermotor atau melanggar papan tanda lalu lintas

SUMBER: Kompas

Honda HR-V Isu Keselamatan Jalan Raya Laurentius Iwan Pranoto Roda4 Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Petrol RON97
    Auto Terkini

    Lebih 400 Stesen Minyak di Filipina Ditutup Susulan Kenaikan Harga Bahan Api

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.