• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Honda HR-V Tiba-Tiba Brek Sendiri, Sensor Radar Keliru dengan Bayang-Bayang? 

Video Honda HR-V Tiba-Tiba Brek Sendiri, Sensor Radar Keliru dengan Bayang-Bayang? 

May 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


TEKNOLOGI keselamatan yang semakin maju memang membantu industri automotif untuk menghasilkan kereta yang lebih selamat, tetapi jika terlalu bergantung pada teknologi semata-mata, boleh juga membawa bahaya jika ia gagal berfungsi baik.

Malang menimpa seorang pemilik Honda HR-V (2022), JiaWei Ho yang berkongsi detik mencemaskan apabila sistem brek automatik kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya itu yang sepatutnya berfungsi membantu mengelakkan pelanggaran, tetapi menjadi punca kemalangan.

Berdasarkan video dikongsikan di Facebook, Honda HR-V dipandunya  tiba-tiba berhenti sendiri tanpa sebarang halangan di depan hingga dirempuh sebuah lagi Honda HR-V di belakang.

Klip video lebih seminit itu juga seperti menunjukkan sistem sensor SUV tersebut terkeliru dengan bayang-bayang gelap ketika dia melalui laluan bawah jejambat.

Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS) yang ada pada Honda HR-V baharu berfungsi apabila sensor radar gelombang milimeter dan kamera monokular mengesan risiko perlanggaran dengan memberikan amaran audio dan visual, manakala pedal terotel akan bergetar.

Sekiranya sistem mendapati perlanggaran tidak dapat dielakkan, brek diaktifkan automatik. Perkongsian itu mengundang perhatian ramai dan ada mendakwa perkara sama pernah berlaku pada kereta mereka walaupun berlainan jenama.

JiaWei berkata;

Saya sudah log aduan e-mel kepada Honda dan menunggu balasan mereka.

"Dengan menyiarkan video ini bukan untuk mengkritik pemilik di belakang tetapi membincangkan bagaimana untuk mengelakkan ini supaya membina semula tahap keyakinan terhadap kereta kesayangan saya. Terima kasih semua!," jelas.

BACA >>> Honda HR-V, BR-V (2022) Dapat Lima Bintang dalam Ujian Asean NCAP
BACA >>> Honda HR-V (2022) Dapat Tempahan Luar Biasa, Masa Menunggu Lebih 12 Bulan!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, brek automatik, brek sendiri, CMBS, Collision mitigation braking system, Honda HR-V, kemalangan, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev