• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kenapa Myvi Boleh Redah? Mekanik Ini Ajar Tip Kenal Paras Air Sebelum Berani Harung Banjir

Kenapa Myvi Boleh Redah? Mekanik Ini Ajar Tip Kenal Paras Air Sebelum Berani Harung Banjir

December 22, 2021 By Farah Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FENOMENA cuaca tidak menentu menyebabkan berlaku banjir di beberapa negeri Semenanjung Malaysia yang menyaksikan ramai pengguna jalan raya terperangkap hingga ada yang terpaksa bermalam di jalanan.

Tidak kurang juga pemandu berani yang cuba memandu meredah banjir, tetapi akhirnya menyesal tidak sudah kerana kereta mereka terkandas atau lebih buruk dihanyut arus deras banjir.

BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Redah Banjir yang Perlu Anda Tahu (Jika Terpaksa)
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Kereta Pernah Tenggelam Banjir?

Sebagai langkah persediaan, mekanik Mohd Hafizan Nurdin menerusi akaun Facebook Fieyzan Kepang berkongsi tip mengetahui paras air yang membolehkan kereta kita meredah banjir jika perlu.

Menurutnya, langkah pertama perlu diketahui adalah paras hujung komponen ambilan udara (air intake/air flow) kenderaan anda. Jika kedudukannya di atas, anda hanya boleh redah di bawah paras komponen tersebut.

air-flow-wira-carb-1
air-flow-wira-carb-2

Sebab fungsi airxi flow adalah menyedut. Kalau korang redah juga air pada paras air flow, air akan masuk ke dalam air flow terus ke karburetor (enjin).

"Ekzos tiada hal sebab eksos keluarkan angin (gas). Dia takkan sedut angin tu, tapi dengan satu syaratlah, korang jangan sekali pun lepas pedal minyak.

"Kalau orang depan berhenti pun, korang kena tekan pedal minyak. Kalau tidak, automatik air tu boleh masuk ke dalam ekzos," katanya.

KENAPA MYVI BOLEH REDAH BANJIR TINGGI?
myvi-redah-banjir
enjin-myvi

Mekanik itu turut menjawab persoalan netizen mengenai kemampuan Perodua Myvi meredah banjir. Jelasnya, ini disebabkan air flow Myvi berada di paras yang tinggi (lihat gambar atas kanan).

Walaupun teknik itu boleh digunakan, Mohd Hafizan tetap menasihatkan pemandu supaya berhenti kerana itu lebih baik daripada meredah banjir yang berisiko. Bagaimanapun jika dalam kecemasan, tip berkenaan boleh dicuba.

BACA >>> Kali Pertama Terowong SMART Lencong 5 Juta Meter Padu Air, Boleh Buat KL Tenggelam!
BACA >>> PLUS Buka Semula Plaza Tol, Persimpangan Bertingkat Shah Alam

SUMBER: FBFieyzanKepang

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: air flow, banjir, cara redah banjir, ekzos, kereta rosak sebab banjir, paras air boleh dilalu masa banjir, Redah Banjir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev