Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMWT Anjur Pameran ‘Beyond Zero’, Pamer 17 Model Kenderaan Masa Depan
Auto Terkini

UMWT Anjur Pameran ‘Beyond Zero’, Pamer 17 Model Kenderaan Masa Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMWT) mengadakan pameran untuk mengetengahkan inisiatif ‘Beyond Zero’ di Taman Teknologi Malaysia (TPM) bermula hari ini hingga 28 Februari 2024.

‘Beyond Zero’ ialah satu langkah selaras dengan matlamat global Toyota ke arah karbon neutral menjelang tahun 2050. Acara itu dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

Di lokasi tersebut, pengunjung boleh menyaksikan barisan kenderaan mesra alam Toyota berasaskan tiga kategori utama:

  • Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV)
  • Kenderaan Elektrik Bateri (BEV)
  • Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api (FCEV)

APAKAH BEZA HEV, PHEV, BEV DAN FCEV?

FCEV: Sumber kuasa elektrik terhasil menerusi tindak balas kimia hidrogen dan oksigen untuk memacu motor gerak. Kenderaan FCEV boleh bergerak tanpa pelepasan emisi karbon.

BEV: Kenderaan dilengkapi pek bateri yang menghantar kuasa elektrik untuk menggerakan unit motor dan semasa perjalanan, kenderaan BEV tidak melepaskan emisi karbon.

HEV atau PHEV (plug-in hybrid): Kenderaan hibrid yang masih menggunakan trenkuasa berasaskan petrol atau diesel dengan sistem motor. Gabungan enjin dan motor membantu mencapai penggunaan rendah bahan api. Masih ada pelepasan emisi karbon.

PAMERAN PELBAGAI MODEL

Kenderaan mesra alam daripada tiga kategori (FCEV, BEV dan HEV/PHEV) yang dipamerkan di Taman Teknologi Malaysia adalah seperti berikut:

  • FCEV: Trak tugas ringan, Corolla Cross H2, Hilux, Mirai, Sora dan GranAce.
  • BEV: Hilux Revo e, bZ4X, e-Palette Concept, C+POD dan Lexus RZ
  • HEV: Alphard 2.5L, Camry 2.5L, Innova Zenix 2.0L, Vellfire 2.5L, Corolla Cross 1.8L HEV dan Prius 24H Le Mans Centennial GR Edition.

Selain pameran kenderaan, UMWT juga mengetengahkan beberapa produk model berasaskan teknologi sama seperti:

  • Generator kuasa hidrogen (Hydrogen Power Generator)
  • Modul sel bahan api (Fuel Cell Module)
  • Dron sel bahan api (FC Drone)

APA KATA PRESIDEN UMWT?

Datuk Ravindran K ketika berucap berkata;

Kami mengakui wujudnya pelbagai cabaran dan peluang seluruh negara dalam usaha kami memperjuangkan pendekatan berbilang laluan (multi-pathway) dan melaksanakan tindakan kitar hayat yang sesuai supaya selari setiap kepentingan nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara.

“Menyedari keunikan landskap industri automotif Malaysia, dan kedudukannya sebagai hab pengeluaran elektrik dan elektronik utama di Asia Tenggara, adalah penting kami meletakkan diri di kedudukan sewajarnya dalam perjalanan ini.”

TOYOTA TONGGAK ELEKTRIFIKASI MASSA MALAYSIA

Tidak ramai tahu, UMWT bukan pemain baharu dalam kenderaan mesra alam di negara ini. Malah HEV edaran firma itu mendapat sambutan hangat pengguna tempatan.

UMWT sudah menjual sekitar 41,600 unit kenderaan HEV sejak 2009 yang menyumbang kepada penyahkarbonan, iaitu penyerapan kira-kira 150,000 tan karbon dioksida (CO2), sama seperti 500,000 batang pokok.

Auto Terkini Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.