Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ujian ADAC Ecotest Nissan Qashqai e-POWER Dapat Penjimatan 5.4 Liter Per 100km!
Auto Terkini

Ujian ADAC Ecotest Nissan Qashqai e-POWER Dapat Penjimatan 5.4 Liter Per 100km!

Abang HirataBy Abang Hirata14/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Qashqai 2024

NISSAN Qashqai yang dijana trenkuasa e-POWER mendapat rating penggunaan bahan api luar biasa dalam ujian Ecotest rasmi dilakuan persatuan pengguna automotif bebas di Jerman, ADAC.

Nissan Qashqai e-POWER baharu mencatatkan angka penggunaan bahan api 5.4 liter per 100km.

Ujian Gabung Kaedah Makmal, Ujian Dinamik

ADAC Ecotest logo

Angka itu mewakili pengurangan hampir 15 peratus berbanding versi terdahulu, sekali gus meletakkan Nissan Qashqai e-POWER sebagai peneraju kecekapan bahan api dalam segmen.

Ujian ADAC Ecotest menggabungkan kaedah makmal dan ujian dinamik untuk mendapatkan angka penggunaan bahan api yang mewakili situasi pemanduan sebenar.

Nissan Qashqai 2025 - Eropah
Nissan Qashqai 2025 - Eropah

Sistem e-POWER yang dikemas kini menampilkan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang dibangunkan semula dengan pelbagai naik taraf menyeluruh.

Pasukan kejuruteraan trenkuasa menumpukan kepada usaha mengoptimum penggunaan bahan api, terutama pada halaju lebuh raya Eropah hingga 130kmj.

Peningkatan Kecekapan, Jejak Alam Sekitar

Nissan Qashqai 2025 - Eropah
Nissan Qashqai 2025 - Eropah

Usaha kejuruteraan itu menghasilkan kecekapan ketara, seperti:

  • Pengurangan emisi: Selain penjimatan bahan api, sistem e-POWER baharu Qashqai menyaksikan penurunan emisi karbon dioksida (CO2) daripada 116g/km kepada 102 g/km mengikut piawaian ujian WLTP.
  • Ini peningkatan 12 peratus yang menyumbang kepada rating keseluruhan Qashqai e-POWER sebanyak empat daripada lima bintang dalam ADAC Ecotest.
  • Jarak perjalanan jauh: Penggunaan bahan api rendah itu, digabungkan dengan kapasiti tangki bahan api 55 liter dengan jarak perjalanan secara teori sejauh 1,018km.
  • Peningkatan 145km setiap tangki itu menawarkan jarak yang biasa ditemui pada kenderaan diesel dengan angka standard WLTP ialah 1222km.

Peningkatan Mutu Pemanduan, Kos Pemilikan

Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024

ADAC turut melaporkan sistem e-POWER yang disemak semula menghasilkan sistem pemanduan lebih senyap secara keseluruhan. Paras bunyi yang diukur pada kelajuan 130kmj didapati menurun.

Menurut pengukuran Nissan, pengurangan hingar (bunyi) adalah 5.6db, yang meletakkan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu pada tahap setanding kenderaan elektrik (EV).

Selain itu, pengguna e-POWER baharu juga boleh menjangka jumlah kos pemilikan lebih rendah hasil lanjutan selang servis kenderaan daripada 15,000km kepada 20,000km.

Pengalaman Pemanduan Ala EV

Tidak seperti hibrid tradisional, sistem e-POWER dimiliki Qashqai menggunakan enjin petrol semata-mata untuk menjana elektrik. Tenaga elektrik yang dihasilkan itu kemudian bekerja menggerakkan motor elektrik yang memacu roda.

Ini bermakna roda hanya digerakkan kuasa elektrik, sekali gus memberikan tork serta-merta, pecutan lancar dan pemanduan lebih senyap tanpa perlu mengecas bateri.

Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024 Eropah
Nissan Qashqai 2024

Trenkuasa 5-dalam-1 e-POWER versi dikemas kini menyepadukan komponen utama seperti motor elektrik, generator, inverter, penguat (increaser) dan pengurang (reducer) ke dalam enjin turbo 1.5L yang direka semula sepenuhnya.

Ia juga menggunakan konsep pembakaran STARC milik eksklusif Nissan bagi meningkatkan kecekapan haba kepada 42 peratus dengan menstabilkan pembakaran dalam silinder. Ini membolehkan enjin beroperasi lebih senyap dan berkesan pada halaju lebih rendah.

Ciri Teknologi Tambahan

Nissan Qashqai 2024

Selain kemas kini menyeluruh sistem e-POWER, Nissan Qashqai juga mendapat manfaat ciri sambungan dipertingkat sebagai sebahagian teknologi infotainmen terbina dalam Google Built-In.

Ciri baharu seperti arahan suara melalui Google Assistant, akses kepada aplikasi tambahan menerusi Google Play, ramalan cuaca di destinasi, dan Nissan Trip Stories membolehkan pelanggan merekod dan berkongsi perjalanan kegemaran melalui aplikasi NissanConnect Services.

Nissan Qashqai 2024
Nissan ProPILOT

Penambahbaikan teknologi tambahan seperti peningkatan dalam kecerdasan pemanduan dengan ciri bantuan pemandu ProPILOT turut dipertingkat.

Ini termasuk antaramuka pemanduan autonomi multi-lorong yang lebih baik untuk pemantauan trafik dan kesedaran lebih bagus terhadap persekitaran sekeliling.

Pengeluaran Nissan Qashqai terkini yang dilengkapi e-POWER sudah bermula Julai tahun ini di kilang canggih Nissan di Sunderland, Britain.

Nissan Qashqai 2025 - Eropah
Nissan Qashqai 2025 - Eropah
Nissan Qashqai 2025 - Eropah
Nissan Qashqai 2025 - Eropah
Nissan Qashqai 2025 - Eropah
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024 Eropah
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
Nissan Qashqai 2024
e-POWER Nissan nissan qashqai Nissan Qashqai e-POWER
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.