Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»TVS Apache RTR 200 4V (2020) Tawar Warna Baharu, Ciri Terkini, Harga RM7.3k
Roda2

TVS Apache RTR 200 4V (2020) Tawar Warna Baharu, Ciri Terkini, Harga RM7.3k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosikal dari India, TVS Motor mendedahkan Apache RTR 200 4V versi dipertingkat (facelift) dengan tawaran warna baharu, biru kusam bersama ciri kelas pertama.

Apache RTR 200 4V menerima tiga mod tunggangan: Sport, Urban dan Rain yang akan menala prestasi enjin dengan melakukan kalibrasi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Pilihan mod Sport memberikan kuasa maksimum dengan mengehadkan campur tangan ABS, manakala mod Rain memaksimumkan campur tangan ABS untuk pemanduan ketika hujan atau permukaan jalan basah. Akhir sekali, mod Urban memberikan hantaran kuasa linear dengan menawarkan kecekapan bahan api lebih baik.

BACA >>> TVS Ntorq 125 SuperSquad Edition Tampil Seragam Adiwira Marvel Avengers

Pilihan mod boleh dibuat menerusi punat pada hendal. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi unit teleskopik Showa boleh laras prabeban di depan dan monoshock di belakang.

Apache RTR 200 4V mengekalkan enjin 4-lejang silinder tunggal 197.8cc penyejukan minyak yang menawarkan angka kuasa berbeza mengikut mod tunggangan dipilih, iaitu mod Sport (20.5hp @ 9,000rpm; tork 17.25Nm @ 7,250rpm) dan mod Urban/Rain  (17.1hp @ 7,250rpm dan tork 16.51Nm @ 5,750rpm).

Transmisi jenis klac multiplat basah manual 5-kelajuan, dengan klac dan brek boleh laras 3-tetapan. Sistem brek menggunakan cakera petal untuk roda depan dan belakang  yang dipakejkan bersama ABS dwi-saluran dengan kawalan perlindungan anti-wheelie RLP. Kapasiti tangki ialah 12 liter, manakala tinggi pelana 800mm.

Ciri lain Apache RTR 200 4V (2020) ialah kluster instrumen SmartXonnect dengan sambungan wayarles Bluetooth , kawalan RLP dan teknologi klac antigelincir Race Tuned Slipper Clutch (RTSC). Cermin sisi direka baharu dengan sistem penghidup  ‘feather touch’.

BACA >>> #BikinMotor: Dulu Bajaj Pulsar NS200, Sekarang Kawasaki Z1000

SUMBER: BikeWale | TVSApache1Ch | TVSApacheBS6

naked bike roda2 sportbike TVS Apache RTR 200 4V TVS Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.