Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TunggangUji: Vespa Primavera 150 (2018) – Skuter untuk Nikmati Erti Santai Sebenar
Roda2

#TunggangUji: Vespa Primavera 150 (2018) – Skuter untuk Nikmati Erti Santai Sebenar

ZYBy ZY27/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, jenis motosikal mampu mempengaruhi karakter atau perangai si penunggang?

Sebenarnya, penulis pun tidak tahu, sehinggalah seorang rakan yang boleh dikategorikan sebagai seorang pemandu kereta tegar, berkongsikan satu teori masuk akal. Menurutnya, penunggang motosikal seperti Harley-Davidson dilihat lebih berhemah walaupun motosikal mereka lebih lantang dan laju, berbanding penunggang kapcai yang cenderung menunggang melulu.

Betul atau tidak, tiada kajian saintifik.

Tetapi, sejak diberikan peluang menunggang uji Vespa Primavera 150 versi 2018 ini, mungkin ada benar juga ‘teori kedai kopi’ tersebut.

BACA >>> #BikinMotor: Vespa PX 150 ‘Pseudo-Scrambler’, Skuter Kustom Ekstrem dari Rusia

INTRO & CIRI

Kepada anda yang belum tahu, Primavera ialah salah satu model Vespa yang ditawarkan di Malaysia. Diedarkan secara sah Naza Premira Sdn Bhd, ada 5 pilihan model Vespa seperti Sprint, GTS Super, S dan LXV yang setiap satu dikhususkan untuk segmen penunggang (aka peminat Vespa) tertentu. Primavera ialah siri Vespa paling asas dan paling universal untuk mereka yang mahu cuba menunggang sebuah skuter Vespa.

Walaupun paling asas, jangan cepat menyamakan Primavera 150 dengan skuter aras mula lain di pasaran.

Primavera 150 2018 yang saya tunggang uji ini masih mengekalkan DNA Vespa sejak dilancarkan hampir setengah abad lalu. Tiada panel dan komponen plastik murah seperti kebanyakan skuter pada julat harga bawah RM20,000, sebaliknya hampir seluruh rangka Vespa ini dibentuk daripada keluli. Padanan warna yang dicat seragam meliputi seluruh badan, trim krom dan pelana lembut yang dibaluti fabrik anti-slip menaikkan aura eksklusif dan mewah skuter ikonik ini.

Walaupun menampilkan gaya old-skool, dari segi teknologi ia mampu bersaing dengan skuter 150cc moden lain.

BACA >>> Vespa Elettrica Buka Tempahan Awal untuk Pasaran Zon Euro, Harga €6,390 (RM30,499) 

Antara perubahan terkini termasuklah penggunaan teknologi LED untuk lampu depan dan lampu brek, manakala panel meter menggabungkan ciri analog dan digital. Dari segi keselamatan, skuter ini dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan imobiliser, yakni ciri mewah yang boleh dikatakan tidak berapa diperlukan untuk skuter sebegini, tetapi turut ada dalam senarai spesifikasi.

KUASA

Bagaimanapun, dari segi kuasa mungkin ketinggalan berbanding pesaing lain seandainya anda menjadikan ia kriteria penting. Tidak seperti pengeluar lain yang gemar meletakkan kuasa tinggi sebagai daya tarikan pembeli, untuk Primavera 150, Vespa cuma berikan kuasa yang cukup-cukup saja, sesuai dengan status model itu sebagai skuter urban.

Walaupun bersesaran 155cc, enjin i-GET milik Vespa ini ialah unit 4-lejang SOHC penyejukan udara dengan 3-injap. Jumlah kuasa maksimum yang dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik CVT ialah 12.9hp @ 7,750rpm dengan tork 12.8Nm @ 6,500rpm.

Sepanjang tempoh tunggang uji, kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah sekitar 105-110kmj dan ia perlu dikerah sepenuhnya untuk mencapai kelajuan tersebut. Jika ditunggang bersahaja, skuter ini mampu dipecut 70kmj dengan mudah, dengan kelajuan santai sekitar 90kmj.

TUNGGANGAN

Dari segi gaya tunggangan, Primavera 150 bukan motosikal atau skuter yang boleh dihenyak sewenangnya di selekoh. Mengambil selekoh besar seperti di susur masuk/keluar lebuh raya pada kelajuan dan sudut miring tinggi seperti kapcai atau skuter prestasi tinggi lain bakal membuatkan roda belakang menari.

Namun, menyelinap lautan kereta di jalan-jalan bandar atau membuat pusingan-U terasa lebih lincah, terutama jika penunggang sudah terbiasa menunggang motosikal sport. Mungkin disebabkan saiz roda kecil, cuma sebesar 12 inci yang memudahkan skuter ini menukar arah.

BACA >>> #RetroAuto: Kerana Aktres Hollywood, Vespa Itali Cetus Budaya Popular Skuter Dunia

Prestasi gabungan brek cakera depan dan dram di belakang cukup baik, terutama dengan kehadiran ABS walaupun mungkin sangat jarang diperlukan. Meredah bonggol dan kawah jalan, antara karakteristik jalan perumahan di Malaysia memang tidak jadi isu langsung. Unik pada Vespa, suspensi depan ialah unit tunggal – antara legasi Vespa sekian lama yang memudahkan roda depan diganti.

PRAKTIKALITI

Primavera 150, sama seperti skuter sekelas lain cukup baik dalam hal praktiliti jika anda mahukan motosikal yang mudah ditunggang jarak dekat dalam bandar-bandar. Selain ciri keselamatan, kuasa dan tunggangan seperti disebutkan di atas, tidak dilupakan juga mengenai aspek penjimatan bahan api dan ruang simpanan.

Enjin i-GET 155cc dengan sistem suntikan bahan api yang menepati piawaian ketat EURO 4 memberikan Primavera 150 tahap ekonomi bahan api sekitar 30km-35km/liter. Dengan saiz tangki sebesar 8 liter, sekali isian penuh mampu bertahan lebih seminggu jika jarak tunggangan sekitar 30km sehari (lebih kurang ulang-alik Subang Jaya-Shah Alam).

Mengenai ruang simpanan, bahagian depan diberikan kompartmen glove box. Cukup untuk mengisi gajet kesayangan, tetapi sayang tiada soket pengecas disertakan. Ruang bawah pelana cuma boleh memuatkan sebuah helmet muka penuh. Jika melihatkan saiz Primavera 150 ini yang kecil, kekurangan itu masih boleh dimaafkan. Jika tidak diguna untuk menyimpan helmet, tiada masalah untuk menempatkan dokumen, gajet atau set baju hujan.

Nak sangkut teh tarik bungkus ikat tepi? Pun boleh, ada cangkuk kecil turut disediakan, cuma posisi di celah kelangkang membuatkan penulis berkira-kira mahu guna cangkuk tersebut.

BERBALOI ATAU TIDAK?

Pada tanda harga sekitar RM15,000-RM16,000, jujur sekali ia bukan murah. Lebih-lebih lagi ada pesaing jenama lain yang lebih berkuasa pada julat harga sekitar RM12,000 sahaja.

Tetapi, seperti iPhone terkini, harga murah bukanlah segala-galanya untuk menarik pembeli. Sudah tentu, jika anda mahukan skuter dengan spesifikasi lebih berkuasa, cukup banyak pilihan. Bagaimanapun, jika anda peminat Vespa, atau bakal pemilik yang mahukan motosikal berimej mewah dan ikonik pada harga ‘lebih murah’, Primavera 150 sememangnya sukar ditandingi.

BACA >>> #RetroAuto: Fakta Menarik Tentang Vespa – Ikon Skuter Lebih 70 Tahun di Pasaran

Atau boleh jadi anda penunggang yang gemar menunggang laju, Vespa ini mungkin membantu anda menghayati sisi ‘weekend ride’ yang SANTAI dalam erti kata sebenar. Cubalah!

GALERI
review vespa primavera 2018 review vespa primavera 2018 malaysia skuter Tunggang Uji Vespa Vespa Primavera (2018)
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 1 Comment

1 Comment

  1. Suhardi on 29/12/2018 07:30

    Bro, Video review tadak kah? Tq

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.