Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu
Pandu Uji

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu adalah unit diimport dari Vietnam. Itu ialah  produk buatan kilang Piaggio sama yang menghasilkan skuter Vespa.

Ada dua varian dibawa masuk ke Malaysia iaitu Standard dan Sport. Varian Standard ditawarkan pada harga pengenalan RM19,900, manakala Sport berharga RM20,900.

BACA >>> Aprilia SR GT (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Dua Varian Pilihan, Harga Mula RM19.9k!
BACA >>> Aprilia Tuareg 660 (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM75.9k!

Ini fakta menarik yang anda perlu tahu tentang SR GT 200 (2022):

1. Harga Standard vs Sport

Jika dilihat pada harga pengenalan, varian Sport lebih mahal RM1,000 berbanding Standard. Perbezaan harga itu cuma membabitkan aspek kemasan, iaitu Sport dilengkapi:

  • Rim tona merah.
  • Panel kecil merah pada fairing sisi.
  • Pelana dwi-tona.
  • Teks Aprilia bawah badan.
  • Aspek mekanikal, output kuasa dan komponen sama, tiada sebarang perbezaan.

2. Mudah Dikendali, Stabil

  • Kualiti tunggangan boleh dikatakan agak baik dan perlu diingatkan, ini pandangan awal penulis selepas diberi peluang menunggang skuter itu dalam sesi tunggang uji ringkas.
  • Tiada masalah mengemudi skuter itu ketika ujian laluan berhalang dan di kawasan selekoh sempit (permukaan tar).
  • Fork teleskopik konvensional dan set absober belakang boleh laras Showa menggalas tugas baik mengekalkan kestabilan skuter ketika ujian laluan berbukit dan permukaan tidak rata.
  • Tiada masalah dengan prestasi set brek cakera. Hanya cakera roda depan ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS saluran tunggal).

3. Jangan Redah Laluan Pejalan Kaki

  • Pelana tebal tidak terlalu keras atau empuk, sesuai dengan selera penulis.
  • Posisi dan bentuk bar hendal dan keluasan ruang lantai kaki membantu menawarkan posisi kawalan lebih selesa ketika menunggang.
  • Grip tayar Michelin Anakee Street ‘membuang’ ketika ujian meredah kawasan berselekoh laluan pejalan kaki. (Peringatan: Jangan tunggang atas laluan pejalan kaki.)

4. Ada Butang Mod, Tapi Bukan Pemetaan Enjin

  • Hantaran kuasa dari enjin menerusi tali sawat ke roda belakang lancar. Terotel digunakan jenis dwi-kabel (push/pull) dan transmisi jenis automatik CVT.
  • Tiada opsyen mod kuasa.
  • Butang Mod pada konsol kawalan kiri bar hendal cuma untuk mengubah paparan beberapa maklumat seperti voltan bateri dan purata penggunaan bahan api pada panel meter digital.

5. Ada Sistem Henti-Mula (Stop-Start)

  • Sebagai kaedah menjimatkan petrol, skuter itu dilengkapi ciri Henti-Mula yang boleh dinyah aktif dengan menekan butang. Butang itu diposisi pada konsol kiri bar hendal (foto atas, abjad A dalam separa bulatan)
  • Trenkuasa akan dimatikan sementara apabila kenderaan tidak bergerak dalam tempoh beberapa saat.
  • Enjin aktif semula dengan memulas sedikit terotel. Dalam proses ini, kesan gegaran dan bunyi didapati amat minimum.

6. Cara Buka Pelana, Tempat Isian Petrol

  • Masih menggunakan sistem penghidup kunci mekanikal dan belum bertukar kepada jenis tanpa kunci (keyless) seperti produk dua roda Jepun.
  • Untuk akses ruang simpanan bawah pelana, sila tekan butang sebelah tempat entri anak kunci. Butang itu memaparkan simbol ibu kunci terbuka (mangga).
  • Bagaimanapun, skuter ini dilengkapi butang khas untuk membuka pelana dan teknik menolak kunci ke dalam untuk membuka tempat isian petrol.
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/05/Cara-Buka-Tempat-Isian-Minyak-Petrol-Skuter-Aprilia-SR-GT-200-2022.mp4

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Cecair Penyejuk ‘Coolant’ Ada Macam-Macam Warna?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cecair Coolant Boleh Kurang Walaupun Tak Bocor?

7. Cecair Penyejuk

  • Tempat isian semula cecair sistem penyejukan ditempatkan di ruang simpanan bawah pelana. Anda perlu menanggalkan plastik penutup jika perlu membuat isian semula.

BACA >>> Piaggio Group Buka Kilang di Indonesia Tahun Ini, Tayang Model Aprilia SR GT
BACA >>> Aprilia SR GT 200 (2022) Lancar di Jepun, Harga Mula RM19.9k!
BACA >>> Aprilia SR 160 (2022) Lancar di India, Harga Mula RM6.1k!
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

Aprilia SR GT 200 (2022) roda2 Skuter 200cc Skuter Aprilia Tunggang Uji
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    16/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    06/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.