Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tun M Beri Sebab Kenapa Tol Tak Boleh Dihapuskan
Auto Terkini

Tun M Beri Sebab Kenapa Tol Tak Boleh Dihapuskan

Han OthmanBy Han Othman07/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOL tidak dapat dihapuskan serta merta kerana tidak semua konsesi lebuh raya meraih keuntungan, malah dana besar diperlukan untuk penyelenggaraan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipetik Astro Awani.

Kenyataan Perdana Menteri itu merujuk kenyataan sebelum ini bahawa Kerajaan tidak janji menghapuskan tol seperti yang dicanangkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). Tambahan lagi bebaban kewangan ditanggung Kerajaan turut tidak membenarkan janji itu dilaksanakan segera.

Janji menghapuskan tol ada tertulis dalam ‘Buku Harapan – Membina  Negara Memenuhi Harapan’ di bawah Janji 6 halaman 28 di bawah kategori Teras 1: Meringankan Bebanan Kehidupan Rakyat.

BACA >>> Tun M: Mana Boleh Lebuh Raya Tak Ada Tol

Dr Mahathir berkata, kajian menunjukkan Kerajaan terpaksa berbelanja puluhan bilion ringgit untuk mengambil alih lebuh raya bertol jika dibuat secara serta merta.

“Selepas ambil alih, penyelenggaraan akan memerlukan berbilion ringgit lagi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

BACA >>> #SembangDeras: Abang Tak Setuju Tol Dimansuhkan, Tapi…

Menurutnya, langkah itu memerlukan lebih masa kerana Kerajaan terdahulu meninggalkan hutang mencecah trilion ringgit, dan perlu dijelaskan jika tidak mahu jatuh muflis.

“Apabila dibayar, dana Kerajaan tidak mencukupi untuk pembangunan infrastuktur yang penting jika beban pembelian dan penyelenggaraan lebuh raya ditambah kepada operasi dan pembangunan Kerajaan.

“Selepas dikaji, Kerajaan tidak mampu melayan permintaan projek rakyat jika dibeban dengan penyelenggaraan lebuh raya,” katanya lagi.

Jadi Dr Mahathir berkata, penghapusan tol segera tidak dapat dilakukan kerana memerlukan pembelian Kerajaan.

“Masa diperlukan untuk mengurangkan beban rakyat kerana menghapuskan tol, tetapi menurunkan bayaran tol boleh dipikul. Jika ada (pihak) swasta) yang akan kurangkan tol, cadangan mereka boleh dipertimbang,” kata Perdana Menteri lagi.


KOMEN KAMI

Ini bukan berita mengejutkan kerana sejak dulu pun pun kami berpendapat lebuh raya bertol hampir mustahil dapat dihapuskan.

Caj tol mungkin dapat dikurangkan, tetapi untuk menghapuskan sama sekali, itu sukar dilakukan kerana kutipan tol itu sendiri digunakan sebagai dana penyelenggaraan dan operasi. Malah tol seperti Plus itu sendiri adalah jenis lebuh raya capaian terkawal (controlled-access) yang memerlukan kos tinggi.

Sekarang Perdana Menteri sendiri menyebut, walaupun lebuh raya bertol dibeli sekalipun, dan tol diberikan percuma, Kerajaan tetap perlu berbelanja untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan. Semua kos tersebut datang dari mana selain duit cukai kita? Dan duit cukai itu pula turut dikongsi dengan perbelanjaan lain seperti perubatan, pendidikan dan lain-lain?

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Pan Borneo Free, Tapi PLUS Tak Boleh?

Auto Terkini Buku Harapan Buku Harapan - Membina  Negara Memenuhi Harapan Hapuskan Tol Manifesto Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

06/05/2026
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Auto Terkini

B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

05/05/2026
Auto Terkini

‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

04/05/2026
PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
Auto Terkini

PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

04/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.