Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tuisyen ‘I Want to Wheelie’ Ajar Penunggang UK Cara Wheelie dengan Betul
Autotainment

Tuisyen ‘I Want to Wheelie’ Ajar Penunggang UK Cara Wheelie dengan Betul

AryonBy Aryon22/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WHEELIE ialah trik motosikal paling tua dalam buku menunggang. Ramai mat motor mampu melakukannya, tapi lagi ramai yang tidak mahir atas pelbagai alasan. Alasan paling kuat, katanya, tiada manfaat jelas kenapa perlu belajar wheelie.

Namun, faktanya, wheelie ialah skil yang mampu menambah baik kemahiran mengawal motosikal. Jangan tidak tahu, di Britain ada kelas atau tuisyen belajar wheelie dengan bayaran £200 (RM1,000) sehari. Inilah inisiatif dilakukan ‘I Want to Wheelie’ (IWTW) yang ditubuhkan sejak 2001 dan sudah mengajar ribuan penunggang motosikal tentang skil mengangkat tayar depan sambil mengimbangkan badan dengan sempurna.

Berikut pengalaman dikongsikan penulis MCN , Dan Sutherland yang mengaku tidak tahu wheelie walapun sudah 7 tahun menunggang, dan dia ialah antara lapan orang yang hadir dalam tuisyen tersebut. Model wheelie digunakan ialah FZS600 Fazer yang sudah diubah suai.

BACA >>> #Videotomotif: Penunggang Kena Jel 8 Bulan Akibat Selfie dan Wheelie

Menurut Sutherland, ada dua kon merah diletakkan pada laluan lurus, dua kon kuning sekitar jarak panjang empat motosikal dan kon kuning akhir kira-kira 60 meter jauh. Semua kon itu digunakan sebagai penanda sepanjang sesi pembelajaran wheelie nanti.

SKIL BERMANFAAT

Pengajar, Evan Millhouse berkata, IWTW banyak melatih pekerja kecemasan seperti polis dan ambulans, kerana kumpulan tersebut memang memerlukan tahap kawalan motosikal yang lebih tinggi.

“Depa nampak benda ni bagus, dan walaupun salah dibuat atas jalan raya, ia sudah pun berlaku, terutama dengan kuasa motosikal moden hari ni. Jadi kalau kita dapat kawal dan buat dengan selamat, aku berani cakap skil ini memang bermanfaat,” katanya.

Selepas motosikal dipanaskan, peringkat seterusnya ialah memecut keras dalam gear satu, membuka terotel secara agresif ketika melepasi set pertama kon merah hingga separuh jalan antara dua kon kuning dan kon kuning akhir.

Lutut mesti mendakap tangki, dan badan kekal tegak, bukan membongkok ke depan, manakala lengan kekal relaks. Posisi ini membolehkan penunggang mengawal motosikal apabila roda depan dinaikkan.

BACA >>> Skil Stoppie Bantu Hentikan Motor Saat Kecemasan (Jangan Sampai Gigi Berterabur)

Millhouse dan pasukannya mengajar wheelie menggunakan teknik agihan berat kepada motosikal ketika memecut kerana ia kurang brutal berbanding clutching it up, iaitu teknik yang memerlukan penunggang menarik klac dan menaikkan rev enjin sebelum melepaskan klac dengan terotel masih dipulas. Kuasa tinggi dihasilkan enjin membolehkan motosikal melonjak tinggi berbanding teknil wheelie yang lebih natural.

BOLEH PANDAI WHEELIE DALAM SEHARI

Jadi apa dilakukan ialah memulas terotel ketika melewati kon merah dan menutup terotel kira-kira 50 peratus di dua kon kuning yang secara langsung memberikan tekanan pada fork sebelum terotel dipulas semula sekeras mungkin. Secara teori dan mekanikal, gabungan efek lantunan fork dan pecutan akan mengangkat roda depan dari permukaan jalan.

Semestinya sebagai permulaan, teknik ini tidak terus menjadi. Penunggang hanya perlu cuba angkatkan sedikit roda depan sambil mengawal imbangan badan dan jentera. Penunggang juga agak takut-takut memulas keras terotel.

Namun, sesi seterusnya berikan lebih keyakinan dan kawalan terotel lebih baik untuk penunggang memecut lebih pantas dan memanjangkan jarak wheelie. Apa yang bagus apabila masuk ke kelas khas wheelie seperti ini ialah bantuan tenaga pengajar profesional yang akan memaklumkan bilakah masa tepat perlu memulas terotel. Ini termasuk meminimumkan kesilapan pelatih yang mungkin berakhir dengan gigi bertaburan atau patah riuk jika belajar sendiri.

BACA >>> Amaran Polis Scotland: Gantung Lesen 6 Bulan dan Kompaun Kalau Wheelie di Bulatan

Menariknya, setiap pelatih sudah mampu melakukan aksi wheelie hanya dengan mengikut kelas  sehari itu.

SPESIFIKASI KHAS, MOTOSIKAL MASIH STANDARD

Sutherland turut berkongsi spesifikasi FZS600 Fazer yang diubah suai menjadi jentera wheelie pelatih. Ini mungkin berguna buat anda semua yang ingin tahu spesfikasi apakah yang sesuai untuk wheelie dengan selamat.

  • Lampu dan panel meter standard, serta dipasangkan bar hendal aftermarket, Renthal yang lebih kuat. Lampu utama ialah jenis ringan.
  • Bagi mengurangkan berat, satu brek cakera dan kaliper ditanggalkan. Ini untuk mengelak situasi jatuh miring (lowside) ketika memperlahankan motosikal.
  • Bagi perlindungan, kerangka langgar (crash cage) dipasangkan keliling enjin dan casis. Motosikal ini menggunakan enjin dan transmisi standard supaya penunggang dapat menyesuaikan diri dengan motosikal jalanan sebenar.
  • Tekanan angin tayar belakang dikurangkan untuk dapatkan lebih sentuhan tayar. Tiada berat tambahan ditambah di belakang.
  • Ada dua rod kecil terjulur keluar di belakang braket nombor plat. Tujuannya untuk menyentuh permukaan jalan ketika melakukan wheelie. Rod akan dipendekkan sepanjang sesi ujian apabila penunggang semakin mahir.

BACA >>> Pakistan Lancar Kempen Katakan Tidak untuk Mat Rempit Wheelie!

Rasanya bagus juga kalau di Malaysia pun ada kelas sama yang dibuka untuk pembelajaran umum bagi meningkatkan kemahiran menunggang individu. Lebih baik penunggang diajar dengan betul, termasuk dimaklumkan tentang baik buruk skil tersebut, daripada membiarkan mereka belajar sendiri dan melakukannya sesuka hati. Setuju?

Auto Terkini Cara Wheelie Dan Sutherland Evan Millhouse I Want to Wheelie Kelas Wheelie roda2 Sekolah Menunggang wheelie
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Nahas Proton X50 Sungai Petani
    Auto Terkini

    Ralat Polis: Pemandu X50 Maut Bukan Abang, Tapi Adik Berusia 21 Tahun yang Baru Ambil Kereta

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.