Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Bagaimanakah Kaitkan Tubuh Manusia dengan Ciri Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)?
Autotainment

Bagaimanakah Kaitkan Tubuh Manusia dengan Ciri Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)?

Han OthmanBy Han Othman14/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tiga empat kali juga baca nak fahamkan terma Bahasa Malaysia – komen pembaca

BAIKLAH, mari kita bedah lagi mengenai Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control, ESC). Masih ada yang kurang faham mengenai cara ESC berfungsi, mungkin kerana artikel sebelum ini terlalu teknikal. Nah, kali ini kami perjelaskan lagi ciri keselamatan itu secara analogi tubuh manusia pula supaya lebih mudah difahami. Sekarang, tarik nafas, baca dan cuba hadam ok!

Sebagai makluman, analogi di bawah ini mungkin tidak tepat dari segi fakta saintifik sebenar anatomi tubuh manusia. Cuma sekadar perbandingan kes bagi tujuan pemahaman.


Berpandukan gambarajah di atas, andaikan kaki sebagai roda kereta, dan otak sebagai sensor ESC. Setiap kali kita berjalan atau berlari, setiap langkah kaki akan bergerak (seperti putaran roda) dalam rentak sama. Maknanya, apabila berjalan, kedua-dua belah kaki melangkah perlahan, manakala jika berlari, kedua-dua belah kaki melangkah laju.

Inilah apa yang dikatakan pergerakan normal manusia, sama seperti kondisi biasa sesebuah kereta bergerak, yakni setiap roda berputar sama.

BACA >>> Apakah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Propaganda Jualan atau Ciri Keselamatan?

APA PULA ESC DALAM TUBUH MANUSIA?

Sekarang, bayangkan ketika sedang berlari, tiba-tiba kaki kanan kita (gambarajah atas) tersadung (atau terkehel, atau terjatuh dalam lopak jalan), sudah pasti rentak langkah kaki itu terjejas. Pada masa inilah sensor dalam otak kita bertindak menghidupkan fungsi ESC dengan mengaktifkan ‘brek’ untuk memperlahankan rentak larian kaki kiri yang normal.

Hasilnya, kaki kiri secara automatik akan berlari perlahan sebelum berjalan dan kemudian berhenti. Semua respon pantas itu dilakukan untuk mengimbangi langkah kaki kanan yang terhincut akibat tersadung.

Bayangkan otak tanpa sensor ESC, sudah pasti kaki kiri normal akan terus berlari laju ataupun berhenti mengejut walaupun kaki kanan sedang terhincut. Bukankah situasi ini akan menyebabkan anda terus saja tersungkur jatuh kerana tubuh menjadi tidak stabil? Ya, ESC dalam otak sedang bertindak menstabilkan tubuh yang tidak seimbang.

lari-jatuh
Ingat, dalam situasi tertentu, jika larian terlampau laju dan kaki tiba-tiba tersadung, fungsi ESC mungkin tidak  lagi optimum walaupun tetap berfungsi. Maknanya, tekanan ‘brek’ pada kaki normal tidak dapat menampung fizik kelajuan melampau kita.

Bukankah peluang mengelak jatuh akibat tersadung ketika berjalan lebih mudah berbanding berlari? Dalam kelajuan tertentu, ESC semestinya mampu memberikan keputusan optimum untuk menstabilkan badan yang tidak seimbang akibat kegagalan atau kecederaan kaki.

Sudah faham ke belum? 😌😉

BACA >>> Benarkah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) Tidak Berfungsi Jika Pandu Lebih 80kmj?

analogi ESC apakah itu ESC autotainment ciri keselamatan kereta Electronic Stabiliy Control ESC Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.