Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Tiger Sport 660 (2022) Debut, Dijangka Masuk Malaysia 2022, Anggaran Harga RM50k
Roda2

Triumph Tiger Sport 660 (2022) Debut, Dijangka Masuk Malaysia 2022, Anggaran Harga RM50k

WahidBy Wahid05/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH Tiger Sport 660 (2022) rasmi dilancarkan hari ini sebagai tambahan kepada barisan model baharu dengan enjin 3-silinder sebaris 660cc.

Kehadiran Tiger Sport 660 (2022) adalah lebih kepada model advancer untuk tunggangan jalanan, dan pada masa sama boleh dijadikan jentera off-road ringan.

Tidak seperti Trident 660 yang berupa roadster naked, penampilan Tiger Sport 660 (2022) menggunakan semi-fairing dan visor angin tinggi yang membuatkan ia sesuai dijadikan motosikal harian dan kembara jarak jauh.

BACA >>> Spesifikasi Triumph Trident 660 (2021): Lancar di Malaysia, Harga RM43.9k

Berikut spesifkasi dan ciri yang ada pada Tiger Sport 660 (2022):

  • Dijana enjin 3-silinder sebaris 660cc penyejukan cecair berkuasa 80hp @ 10,250rpm dan tork 64Nm @ 6,250rpm.
  • Perbezaan 4,000rpm antara tork maksimum dan kuasa maksimum membolehkan motosikal ini memecut berterusan.
  • 80 peratus tork maksimum bermula pada 3,000rpm.
  • Klac jenis antigelincir (slipper).
  • Posisi hendal menegak memberikan ergonomik duduk yang lebih selesa.
  • Fork depan terbalik (USD) Showa 41mm menggunakan katrij dengan gerakan roda 150mm.
  • Suspensi belakang menggunakan monoshock Showa RSU boleh laras hidraulik berasingan, dengan gerakan roda 150mm.

BACA >>> Triumph Lancar Speed Triple 1200 RR (2022), Lebih Berkuasa, Sporty! Harga Mula RM103k

  • Sistem brek menggunakan dwi-brek cakera dengan dwi kaliper Nissin di depan, dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Visor angin boleh laras ketinggian.
  • Panel meter TFT dengan paparan multifungsi.
  • Ada dua mod enjin: ROAD dan RAIN.
  • Sistem lampu jenis LED penuh dengan fungsi lampum signal padam automatik.
  • Tinggi pelana 835mm, lebih tinggi daripada Trident 660  (805mm).
  • Berat basah 202kg, lebih berat daripada Trident 660 (189kg).
  • Kapasiti tangki 17.2 liter, lebih banyak daripada Trident 660 (14 liter).
  • Memiliki sudut fork (rake) 23.1º, dan trail 97.1mm (berbanding 24.1º, dan 107.3mm pada Trident 660).
  • Jarak roda 1,418mm (lebih panjang daripada Trident 660 (1,401mm).

BACA >>> Triumph Tiger 900 Bond Edition Sempena Filem James Bond, 240 Unit Sahaja, Harga RM83.9k

TIGER SPORT 660 VS TRIDENT 660

Berdasarkan spesifikasi di atas, jelas sekali Tiger Sport 660 lebih tinggi daripada Trident 660, sesuai dengan status model itu sebagai motosikal advancer.

Selain itu, jarak roda Tiger Sport 660 juga lebih panjang yang membuatkan ia lebih stabil ketika menunggang dalam posisi menegak. Namun, jarak roda panjang akan mempengaruhi ketangkasan sesebuah motosikal. Mujurlah Triumph mengimbangi kekurangan itu dengan memberikan sudut fork (rake) dan trail lebih kecil berbanding Trident 660.

Kedua-dua dimensi yang lebih kecil ini membuatkan Tiger Sport 660 lebih tangkas untuk dibelokkan.

Selain itu, tangki petrol 17.2 liter  memberikan jarak tunggangan lebih jauh yang pasti sangat sesuai untuk kaki jelajah. Apapun, setangki penuh (14 liter) Trident 660 sudah mampu mampu ditunggang sejauh hampir 300km.

Bagi mereka yang pernah menunggang Trident 660, model tersebut dikenali sebagai motosikal yang sangat mudah dikendalikan, dan juga mampu memberikan pengalaman tunggangan mengujakan buat penunggang otai. Jadi ramai mengharapkan Tiger Sport 660 juga tidak kurang hebat dan mampu jadi terlajak laris!

BACA >>> Lifan KPT400 – Model Advencer ‘Pan China’ dengan Harga RM19k!

LEBIH MAHAL DARIPADA TRIDENT?

Trident 660 ialah model paling popular dalam sejarah Triumph kerana menawarkan harga mampu milik (bermula kira-kira RM44,900) dengan dibekalkan komponen terbaik dalam kelas middleweight  650-700cc.

Anggaran harga dijangka sekitar £8,500 (RM48,430) mengikut tukaran matawang pound (£), sedikit lebih mahal daripada Trident 660, £7,195 (RM41,000) di Britain. Harga di Malaysia pula lebih mahal kerana kita perlu membayar kos penghantaran, eksais impot, harga AP dan sebagainya. Jadi model ini mungkin dijual sekitar RM50,000 kelak.

Triumph Motorcycles Malaysia mengharapkan Tiger Sport 660 (2022) dapat tiba di Malaysia pada suku pertama 2022.

Auto Terkini roda2 Triumph Triumph Tiger Sport 660 (2022)
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.