• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lifan KPT400 - Model Advencer 'Pan China' dengan Harga RM19k!

Lifan KPT400 - Model Advencer 'Pan China' dengan Harga RM19k!

October 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA Harley-Davidson mengumumkan rancangan menghasilkan model adventure pada 2018, perkara itu menjadi topik perbincangan peminat dan pemerhati hingga hari pelancaran Pan America 1250.

Motosikal advencer itu dilancarkan tahun lalu. Malah, Pan America 1250 pun sudah tiba ke pasaran Malaysia. Model itu dikatakan menarik minat pengeluar motosikal dari China, Lifan Motorcycle untuk memperkenalkan model advencer jenama sendiri.

BACA >>> Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 (2021): Harga Mula RM79.7k
BACA >>> Lifan Hunter 125 Jelmaan Ducati Scrambler Icon Kini di Thailand, Harga RM7.2k

Lifan sudah menyiapkan model 'Pan China' dengan mempamerkan motosikal tersebut untuk pasaran tempatan, dipanggil KPT400 pada harga cuma 29,980 yuan (RM19,463).

Berikut perincian KPT400 (2022):

  • Dijana trenkuasa 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 400cc penyejukan cecair berkuasa 42hp@ 9,500rpm dan tork 35Nm @ 7,500 rpm, manakala kelajuan maksimum 158kmj.
  • Angka kuasa dan tork itu lebih rendah dibandingkan KTM Duke 390 (44hp, 37Nm).
  • Menggunakan sistem lampu LED penuh untuk lampu depan dan lampu belakang, ada lampu siang (DRL).
  • Ada visor angin boleh laras, sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan panel meter TFT berwarna dengan konektiviti Bluetooth untuk menghubungkan telefon pintar.
    BACA >>> Lifan LF150-T - Skuter Advencer dari China yang Dikatakan Meniru Honda ADV 150
LIFAN KPT400 2021 - 0
LIFAN KPT400 2021 - 1
  • Penunggang boleh mengawal mainan muzik, panggilan masuk dan sistem navigasi menggunakan butang kawalan hendal.
  • Frem jenis trellis. Tangki minyak direka bersegi, pelana panjang dan ada kotak simpan barang. Grip hendal pula disediakan fungsi pemanas.
  • Motosikal seberat 211kg itu dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. Kedua-dua suspensi boleh dilaraskan mengikut kesesuaian tunggangan.
  • Sistem brek jenis cakera kembar di depan dan cakera tunggal belakang. Juga dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Saiz rim 16 inci.

BACA >>> Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal
BACA >>> Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155

LIFAN KPT400 2021 - 6
LIFAN KPT400 2021 - 5
LIFAN KPT400 2021 - 4
LIFAN KPT400 2021 - 0
LIFAN KPT400 2021 - 1
LIFAN KPT400 2021 - 2

SUMBER: Motopinas | LifanMotor | Inf

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Harley-Davidson Pan America 1250 (2021), KTM Duke 390, Lifan, Lifan Adventure 400cc, Lifan KPT400, Lifan Motorcycle, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev