Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Tiger 900 (2020) Baharu Lancar di India dengan Tiga Varian, Harga Mula RM76k
Roda2

Triumph Tiger 900 (2020) Baharu Lancar di India dengan Tiga Varian, Harga Mula RM76k

AryonBy Aryon22/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH Motorcycles melancarkan barisan baharu Tiger 900 untuk pasaran India dengan menampilkan tiga varian: Tiger 900 GT, Tiger 900 Rally dan Tiger 900 Rally Pro.

Tiger 900 GT adalah model pengganti XR yang menumpukan gaya tunggangan jalanan, manakala varian Rally menggantikan siri XC untuk tunggangan off-road.

TIGER 900 GT
TIGER 900 RALLY
TIGER 900 RALLY PRO

Varian GT menggunakan rim aloi dan memiliki travel suspension lebih pendek. Sebaliknya, varian Rally dilengkapkan rim jejari dengan tayar tiubles dan travel suspensi lebih panjang.

BACA >>> Triumph Tiger 900 (2020) Serba Baharu Akan Muncul dalam Filem Baharu James Bond

Tayar Tiger 900 GT

Ciri standard dimiliki tiga varian itu ialah paparan TFT 7 inci, kawalan traksi dan belokan ABS dioptimum dengan unit unjuran inersia (IMU), sistem lampu LED dengan lampu siang (DRL), storan telefon pintar dan grip dengan pemanas.

Rally Pro pula adalah varian paling premium dengan ciri off-road dipertingkat menerusi lampu kabus auksiliari LED, suis bercahaya, pelana dengan pemanas (penunggang dan pembonceng), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), aplikasi konektiviti My Triumph Connectivity System dan tongkat tengah sebagai standard.

Suspensi Tiger 900 GT
Suspensi Tiger 900 Rally dan Rally Pro

Trenkuasa setiap varian terdiri enjin 3-silinder sebaris 888cc DOHC penyejukan cecair 12 injap berkuasa 93.9hp @ 8,750rpm dan tork 87Nm @ 7,250rpm dengan 6-kelajuan. Jentera touring ini juga dibekalkan fungsi anjakan pantas quickshifter  Triumph Shift Assist atas dan bawah sebagai ciri standard untuk  Tiger 900 Rally Pro, manakala Tiger 900 GT dan Tiger 900 Rally sebagai opsyen.

BACA >>> Triumph Scrambler 1200 XC dan XE Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80k

Tayar Tiger 900 GT
Tayar Tiger 900 Rally
Tayar Tiger 900 Rally Pro

Tiger 900 GT ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Pure White (putih), Sapphire Black (hitam) dan Korosi Red (merah) pada harga Rs13,70,000  (RM76,810). Tiger 900 Rally dan Rally Pro juga ada dalam tiga pilihan warna: Pure White (putih), Sapphire Black (hitam) and Matt Khaki (perang) yang masing-masing berharga Rs14,35,000 (RM80,520) dan Rs15,50,000 (RM86,907).

Pembeli juga boleh memilih lebih 65 aksesori pilihan mengikut cita rasa peribadi.

GALERI
TIGER 900 GT
TIGER 900 RALLY PRO
TIGER 900 GT
TIGER 900 GT
Tayar Tiger 900 GT
Suspensi Tiger 900 GT
TIGER 900 RALLY
TIGER 900 RALLY PRO
Tayar Tiger 900 Rally
Suspensi Tiger 900 Rally dan Rally Pro
TIGER 900 RALLY PRO
Tayar Tiger 900 Rally Pro

SUMBER: BikeWale | TriumphMotorcycle.in

roda2 Triumph Triumph Tiger 900 Triumph Tiger 900 GT Triumph Tiger 900 Rally Triumph Tiger 900 Rally Pro
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.