TRIUMPH melancarkan skema warna baharu untuk barisan Bonneville, Tiger, Speed Triple dan Street Triple yang tampil meriah dengan warna menarik, berani dan memberangsangkan sepanjang 2019.
BACA >>> Triumph Street Twin dan Speed Twin (2019) Versi Dipertingkat Kini di Malaysia
1. BONNEVILLE
Bonneville menawarkan dua opsyen tangki: dwi warna dan satu warna, sama ada kusam (matt) atau kemasan kilat (gloss). Pembeli boleh memilih T120 dalam warna Silver Ice atau Storm Grey+Baja Orange, atau T100 dalam warna Cranberry Red.
T100 Black dan Bobber Black pula mendapat kemasan Matt Ironstone. Bobber datang dengan Korosi Red+Ice Silver, manakala Speedmaster pula boleh dipesan dalam dwi tona, Cobalt Blue+Jet Black.
2. TIGER 800
Barisan Adventure seperti Tiger 800 mendapat warna Baja Orange (model XCX dan XCA) dan Lucerne Blue (XRT), manakala Tiger T800 menawarkan warna Matt Khaki (XCA), Pure White (XR dan XC), dan Matt Jet Black (XRT).
Sementara itu. Tiger 1200 mendapat warna Lucerne Blue(XRX d an XRT), Pure White (XE dan XC), Matt Jet Black (XRX dan XRT), Storm Grey (XCX dan XC), dan Matt Khaki (XCA).
3. SPEED TRIPLE DAN STREET TRIPLE
Beralih kepada Performance Roadster, Speed Triple RS membariskan warna Crystal White dengan dekal merah-hitam atau Matt Jet Black dengan dekal kuning-kelabu. Street Triple RS pula didatangkan dalam warna Matt Storm Grey, manakala Tiger Sport mendapat Matt Silver Ice dan Storm Grey.
BACA >>> #Spyshot: Triumph Rocket 3 GT Versi Pengeluaran Dikesan Buat Penggambaran di Croatia
SUMBER: MCN
Leave a Reply