Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Treler Rempuh Tujuh Kereta di PLUS, Pemandu Cuai Punca Nahas
Auto Terkini

Treler Rempuh Tujuh Kereta di PLUS, Pemandu Cuai Punca Nahas

ShawkathBy Shawkath10/01/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

POLIS menahan seorang pemandu treler yang terlibat dalam nahas sembilan kenderaan di KM307.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dekat Gopeng, Perak, malam tadi.

Media tempatan melaporkan kemalangan berkenaan menyebabkan lapan mangsa cedera, manakala tujuh lagi selamat.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dipetik HMetro berkata, pemandu treler ialah lelaki warga tempatan berumur 36 tahun dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Suspek ditahan selepas didapati gagal membrek hingga merempuh kenderaan lain di depan. Beliau berkata;

Saya baru dapat maklumat baharu berkaitan treler, ia (kemalangan) bukan disebabkan masalah brek tetapi ia berlaku apabila treler itu melalui jalan selekoh dan banyak kereta sudah berhenti akibat kesesakan. Pemandu treler itu tidak sempat brek kerana terlalu dekat.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang tidak sempat brek dan melanggar tujuh kereta yang sedang berhenti di kawasan itu akibat jalan sesak.”

Ujian saringan air kencing mendapati pemandu treler itu negatif dadah dan alkohol. Suspek juga dilaporkan tidak mengalami kecederaan dalam nahas terbabit. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Gagal Hadir Timbang, 21 Pemandu Lori Didenda Hampir RM45k, 13 Lagi Kena Waran Tangkap

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, lapan mangsa cedera dalam kemalangan sembilan kenderaan itu, termasuk dua treler di lokasi berkenaan, kira-kira jam 11.06 malam, malam tadi.

Kemalangan dari arah belakang itu membabitkan dua treler dan tujuh kenderaan lain, iaitu sebuah Volkswagen, BMW, Toyota Yaris, Perodua Alza, Perodua Aruz, Honda Civic dan Honda CR-V. Mangsa cedera diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

BACA >>> Hampir 20k Lori Kemalangan 6 Bulan Pertama 2022, JPJ dan SPRM Mahu Gempur Puspakom!
BACA >>> Polis Tahan Warga Asing Pecah Masuk Bengkel, Larikan Motosikal Berkuasa Tinggi
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> Brek Buat Hal, Lori Rempuh 9 Kenderaan, 3 Cedera di Lebuh Raya ELITE

SUMBER: Bernama | HMetro

autoterkini Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri Hospital Raja Permaisuri Bainun Isu Keselamatan Jalan Raya kemalangan treler Kilometer 307.9 Lebuhraya Utara Selatan Viral
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.