Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»TRAPO Malaysia Kini Pengedar Rasmi 70mai, Tawar Khidmat Pemasangan Profesional
Auto Terkini

TRAPO Malaysia Kini Pengedar Rasmi 70mai, Tawar Khidmat Pemasangan Profesional

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TRAPO Malaysia kini menawarkan jualan produk dan servis pemasangan kamera papan pemuka jenama 70mai untuk pemilik kenderaan di negara ini.

Ini susulan pelantikan TRAPO Malaysia selaku pengedar dan pemasang rasmi pertama produk 70mai untuk pasaran domestik, selepas kedua-dua pihak memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di Bangsar, Kuala Lumpur.

Untuk makluman, pengedar rasmi produk 70mai ialah D.M. Dasher Sdn. Bhd. TRAPO pula menawarkan pelbagai aksesori premium dan berkualiti untuk kenderaan dengan harga munasabah.

Majlis MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Trapo, Tzong Lee dan Pengasas Bersama D.M. Dasher, Ng Wei Kheng.

APA ANDA PERLU TAHU

  • Jika membeli produk 70mai, anda layak menerima diskaun sehingga 15 peratus untuk produk karpet kereta TRAPO. Tawaran sehingga 31 Ogos 2022.
  • Anda boleh beli secara atas talian atau ke kedai fizikal TRAPO untuk produk 70mai.
  • Setiap cawangan TRAPO Malaysia akan menyediakan ruang pameran produk 70mai dan pelanggan boleh melihat sendiri secara dekat.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik?
BACA >>> Nyaris Langgar Saga, Pemilik Dashcam Kongsi Video Mohon Maaf

HARGA 70mai

Sebagai permulaan, ada tiga produk kamera papan pemuka ditawarkan dengan harga permulaan seperti berikut:

A800S: RM544
A500S: RM369
M300: RM175

Malah anda juga boleh membuat pembelian menerusi skim ansuran. Butiran termasuk perincian harga boleh dirujuk di laman web: TRAPO Malaysia

BACA >>> Kajian: Benarkah Video Dashcam Selesaikan Banyak Isu Trafik?

CAJ DAN PEMASANGAN

Jika sudah membeli kamera 70mai termasuk dari pihak lain tetapi ingin membuat pemasangan di TRAPO, ada caj akan dikenakan mengikut modul dan kenderaan.

Kadar harga ada sama seperti pembelian fizikal di cawangan TRAPO. Senarai harga bermula serendah:

  • Kamera depan: RM50
  • Kamera depan dan belakang: RM100
  • Kamera depan, belakang dan hardwire: RM150

ANGGARAN MASA PEMASANGAN

  • Kamera depan belakang: 15 hingga 30 minit
  • Kamera depan, belakang dan hardwire: 45 hingga 60 minit

Penasihat dan wakil TRAPO akan beri penerangan dan nasihat kepada pelanggan terlebih dahulu sebelum membuat pemasangan.

BACA >>> Trapo Asia Lancar Classic Mark II – Karpet Kereta dengan Teknologi Antibakteria

SENARAI CAWANGAN

  • TRAPO Malaysia beroperasi di Glenmarie, Cheras, Desa Park, Bangsar dan di Pusat Beli-Belah Mid Valley (2 premis) dan juga Midvalley di Johor.
  • Ada juga cawangan di Melaka. Pulau Pinang turut tersenarai dan akan dibuka menjelang akhir tahun ini.
  • TRAPO Malaysia juga ada rancangan meluaskan pembukaan premis di Pantai Timur kelak sebelum melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak.

BACA >>> Tiga Maut, Dashcam Jadi Saksi Aruz Laju Sangat
BACA >>> Nyaris Langgar Saga, Pemilik Dashcam Kongsi Video Mohon Maaf
BACA >>> Tengok Kemalangan Langgar Lampu Isyarat, Netizen Kagum Komen Tenang Pemilik Dashcam

70mai aksesori autoterkini D.M. Dasher Sdn. Bhd. Kamera Papan Pemuka Kamera Perakam Peribadi Ng Wei Kheng TRAPO Malaysia Tzong Lee
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Honda Insight EV 2027
Auto Terkini

Honda Insight 2027 Kembali, Kini Sebagai SUV EV

08/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.