• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Trapo Asia Lancar Classic Mark II – Karpet Kereta dengan Teknologi Antibakteria

Trapo Asia Lancar Classic Mark II - Karpet Kereta dengan Teknologi Antibakteria

August 8, 2019 By AI 1 Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR karpet kereta tempatan, Trapo Asia memperkenalkan produk baharu, Trapo Classic Mark II untuk pasaran Malaysia dengan teknologi Bactekiller yang mampu menyingkirkan 99 peratus bakteria atas permukaan karpet.

Material karpet dibangunkan Fuji Chemical Industries itu dikatakan mampu mencegah dan membunuh bakteria, selain  mesra alam kerana menggunakan 50 peratus bahan mentah kitar semula dan 50 peratus gentian baharu.

BACA >>> Helmet Buatan Malaysia, Gracshaw Masuk Pasaran Indonesia

Produk itu, yang dikemas kini daripada model Trapo Classic, mampu memerangkap kotoran dengan lebih cekap, kalis air dan selamat tanpa bahan kimia berbahaya. Antara ciri khas dimiliki karpet Trapo Mark II adalah  tidak licin, mudah dibersihkan, anti-bakteria, memerangkap kotoran dan lumpur, dan tahan lasak tiga kali ganda.

Sempena pelancaran, Trapo Asia turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Fuji Chemical untuk menjadi satu-satunya pengeluar karpet kereta yang menggunakan teknologi Jepun di Malaysia. Pengasas bersama Trapo Asia, Tzong Lee berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan pengeluar farmaseutikal terkemuka itu.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Pilih Karpet Kereta yang Sesuai?

"Kami kini dapat menghasilkan karpet kereta Trapo Mark II yang canggih untuk pilihan lebih selamat dan bersih kepada pengguna tempatan.

"Denan pelancaran Trapo Mark II, kami dapat berikan perspektif baharu dari segi kebersihan kepada rakyat Malaysia dan mensasarkan pertumbuhan 5 peratus dalam bahagian pasaran," katanya.

BACA >>> Maxx N Go-Shopee Tawar Pakej Beli dan Pasang Aksesori, Alat Ganti Kenderaan

Setiap pembelian Trapo Classic Mark II diberikan jaminan setahun, dan bagi memastikan karpet ini melekap baik atas permukaan lantai kereta, Trapo turut mengemas kini pilihan pelekat: Velcro 2.0 dan Eyelet. Menariknya, pengguna yang mahu memasang karpet Trapo baharu boleh mendapatkan potongan 5 peratus dengan cara menukar beli (trade in) karpet lama, dan 10 peratus untuk karpet lama Trapo.

Maklumat lanjut sila layari my.trapo.asia.

Artikel Berkaitan

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, aksesori dalaman kereta, Antibakteria, Bactekiller, Car Floor Mat, Carpet Mat, Karpet Kereta, Karpet Kereta Antibakteria, Tip Pilih Karpet Kereta, Trapo, Trapo Asia, Trapo Mark II

Comments

  1. Fahmi says

    March 19, 2020 at 12:58 PM

    Untuk harga Perodua Axia G

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my