• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Helmet Buatan Malaysia, Gracshaw Masuk Pasaran Indonesia

Helmet Buatan Malaysia, Gracshaw Masuk Pasaran Indonesia

March 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

332
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HELMET buatan Malaysia, Gracshaw secara rasmi melebarkan sayap ke negara jiran Indonesia menerusi pembukaan reruai di Pameran Helmet Jakarta (JHE) 2019, juga kali jenama itu hadir di pasaran negara seberang tersebut.

Di JHE 2019, Gracshaw mempamerkan beberapa varian helmet jenis separuh muka (half-face), daripada Gracshaw G-Force (G838), Sharkshaw (G828), Gunnex (G2727) dan Gracshaw TSR (G818) yang juga akan dijual kepada pelanggan di Indoensia. Bagaimanapun, model muka-penuh (full-face), Grandex DV belum lagi dijual, cuma dipamerkan kepada pengunjung.

BACA >>> Helmet HJC RPHA 11 Venom 2 dengan Grafik Antihero Versi Lebih Jahat

Gracshaw bernaung di bawah syarikat 2X-Site yang ditubuhkan pada 2006 dengan visi menghasilkan helmet dan aksesori dengan kualiti, keselamatan dan rekabentuk terbaik mengikut kehendak pengguna. Selain Gracshaw, jenama helmet lain di bawah 2X-Site ialah Xdot, Grayfosh Helmets, dan Anoka.

Nama Gracshaw diambil daripada istilah bahasa Itali, 'grandioso' yang membawa maksud 'kebesaran dan keunggulan'. Jenama helmet ini menumpukan kepada aspek prestasi, sesuai dengan slogan digunakan, 'Rave About Performance' (Ghairah Tentang Prestasi). Di Malaysia, walaupun boleh dianggap sebagai pemain baharu dalam pasaran helmet, tetapi ia bukan jenama asing dalam kalangan mat motor negara ini, terutama kepada peminat dan pengumpul aksesori itu.

BACA >>> MIPS - Teknologi Gerakkan Kepala dalam Helmet untuk Kurangkan Impak Kecederaan

Harga Helmet Gracshaw di JHE 2019:

  • Gracshaw G-Force - Rp2.5 juta (RM720)
  • Gracshaw Sharkshaw - Rp2.8 juta (RM806)
  • Gracshaw Gunnex - Rp5 juta (RM1,439)
  • Gracshaw TSR - Rp1.6 juta (RM460)
  • Visor RM 36 - Rp600,000 (RM172)

Bluetooth - Rp1.1 juta (RM316)

 

SUMBER: NaikMotor

332
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: 2X-Site, aksesori, auto terkini, Gracshawi, helmet, Helmet Malaysia, Jakarta Helmet Exhibition (JHE) 2019, Pameran Helmet Jakarta (JHE) 2019, Produk Buatan Malaysia, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my