Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tragedi Deepavali, Tiga Saudara Rentung, Perdana Hilang Kawalan Langgar Lori Sampah di Ipoh
Auto Terkini

Tragedi Deepavali, Tiga Saudara Rentung, Perdana Hilang Kawalan Langgar Lori Sampah di Ipoh

Han OthmanBy Han Othman14/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIGA bersaudara yang rentung dalam kemalangan jalan raya di Kawasan Perindustrian Bercham dekat Ipoh, malam tadi dilaporkan baru selesai menghantar juadah Deepavali ke rumah nenek mereka di Taman Perpaduan di Ipoh, petang semalam.

Insiden berlaku kira-kira jam 8 malam melibatkan M Krishna, 20, adik lelakinya, M Pavilesh, 16, dan sepupu mereka N K Subash Varman, 16 apabila kereta Proton Perdana dipandu Krishna dari arah Tanjung Rambutan hilang kawalan dan bertembung lori sampah dari arah bertentangan, ketika melalui jalan selekoh.

Menurut polis, akibat pelanggaran itu, kereta mangsa tersepit bawah lori sampah dan terbakar hingga mengorbankan semua mangsa di tempat kejadian. Bagaimanapun pemandu lori sampah dan empat kelindan tidak mengalami kecederaan.

Bapa mangsa, M Manimaran, 50, berkata, dua anaknya, Krishna dan Pavilesh keluar dari rumah mereka di Taman Cempaka kira-kira jam 4 petang semalam untuk mengambil sepupunya, Subash Varman yang tinggal di Bercham kerana mahu menghantar beberapa jenis lauk dimasak isterinya sempena Deepavali ke rumah nenek mereka.

Saya dapat bercakap dengan anak saya (telefon) pada pukul 6 petang dan beritahu mereka mahu ke rumah kawannya terlebih dahulu sebelum pulang.

“Saya cuba menghubungi mereka sekali lagi kira-kira 7 malam namun panggilan tidak berjawab.

“Saya cuba cari rumah kawan dia tapi tidak jumpa dan saya buat keputusan untuk buat laporan polis di Balai Polis Taman Cempaka pada 10 malam tadi kerana tidak sedap hati,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, hari ini.

Manimaran berkata, kira-kira 15 minit selepas laporan polis dibuat, pegawai polis datang ke rumahnya dan memaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa semua mangsa berkenaan.

Menurutnya, anak sulung daripada tiga beradik itu bekerja di sebuah kedai aksesori, manakala anak kedua pula masih bersekolah Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan di Ipoh.

Anak-anak saya sangat manja dengan nenek mereka dan sering ke rumah nenek pada hujung minggu atau cuti umum,” katanya.

Manimaran memaklumkan mereka sekeluarga tidak menyambut Deepavali tahun ini kerana kematian abangnya, April lalu.

Sementara itu, bapa kepada Subash Varman, L Nantha Kumar, 41, berkata, kematian anak sulung daripada dua beradik itu sangat mengejutkan mereka sekeluarga.

SUMBER: Bernama | FB BalaiBombaIpoh

Auto Terkini Kemalangan Deepavali kemalangan jalan raya kemalangan maut Proton Perdana Proton Perdana Kemalangan Tiga Maut Terbakar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda henti pengeluaran tiga model EV
Auto Terkini

Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

14/03/2026
Jetour T2 2026
Roda4

SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

14/03/2026
Sukan Permotoran

Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

14/03/2026
Auto Terkini

Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

13/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

By Han Othman13/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.