Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Rush Serba Baharu Lancar di Malaysia 18 Oktober Ini!
Roda4

Toyota Rush Serba Baharu Lancar di Malaysia 18 Oktober Ini!

Han OthmanBy Han Othman10/10/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK mahu lagi berahsia, UMW Toyota Malaysia terus saja berterus terang akan membawa masuk Rush (2018) ke pasaran tempatan pada 18 Oktober ini. Buktinya, satu foto acah dimuat naik di laman Facebook rasmi Toyota Malaysia yang memaparkan lampu utama kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dengan tiga baris ayat pengenalan:

A NEW KIND OF RUSH
COMING SOON
18TH OCTOBER 2018

Rujukan paling munasabah untuk model SUV baharu Toyota ini ialah Rush versi Indonesia yang terlebih dulu dilancarkan di negara jiran itu pada November tahun lalu, dan diperkenalkan bersama Daihatsu Terios untuk versi lebih bajet.

Dari segi rekabentuk, model generasi ketiga itu mengalami perubahan total yang kali ini tidak lagi tampil seperti SUV tulen, sebaliknya lebih bergaya wagon, mirip model FT Concept. Selain rel bumbung, Rush versi Indonesia didatangkan dengan set rim dua tona, dan kemasan plastik hitam untuk gaya sporty.

BACA >>> Toyota Rush dan Daihatsu Terios (2018) Debut Serentak di Indonesia, Harga Belum Umum

Enjin pula menggunakan nadi baharu, 2NR-VE, sama seperti digunakan model Vios, iaitu 4-silinder dengan kapasiti 1.5L berserta teknologi Dual VVT-i berkuasa 103hp dan tork 136Nm serta dua opsyen transmisi: manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.

Rush versi Indonesia juga dibekalkan 6 beg udara, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), dan Bantuan Mula Daki (HSA), termasuk lampu depan dan belakang jenis LED, dan ciri masukan tanpa kunci atau keyless entry sebagai standard.

Kami meramalkan Malaysia pun akan mendapat Rush yang sama seperti versi Indonesia. Apapun, kita tunggu dan lihat 18 Oktober nanti. Sebelum itu kita layan dulu foto-foto rasmi Rush yang kami petik daripada laman web rasmi Toyota Indonesia. Berminat?

BACA >>> Foto Bocor Toyota Rush (2018) di Indonesia, Ada Potensi Jadi Perodua Alza Baharu?

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Toyota Toyota Rush (2018) UMW Toyota Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

24/03/2026
Auto Terkini

Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

24/03/2026
Auto Terkini

Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

20/03/2026
Auto Terkini

Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

19/03/2026

1 Comment

  1. Marlina on 10/02/2019 15:50

    Hai, saya dah ke showroom tengok perodua aruz. Tiba2 suami bagi cadangan toyota rush baru pula. Ciri-ciri hampir sama, harga beza hampir rm20k. Brand Toyota memang di hati sebab dah lama guna vios. Tapi jika lebih kurang sama lebih baik aruz kan..dalam dilema jap

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Auto Terkini

Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

By Abang Hirata20/03/2026
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

By Shazwan Hisam15/10/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.