Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Toyota Pixis Van BEV, Lagi Bukti Toyota Tidak Abai EV!
Kenderaan Elektrik (EV)

Toyota Pixis Van BEV, Lagi Bukti Toyota Tidak Abai EV!

Abang HirataBy Abang Hirata10/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Pixis Van BEV

TOYOTA Motor Corporation (TMC) menambah varian kenderaan elektrik bateri (BEV) atau EV dalam barisan model komersial kecil, iaitu Toyota Pixis Van di Jepun.

Model itu mula dipasarkan pada 2 Februari 2026 sebagai langkah mempercepat sasaran neutral karbon sambil mengekalkan fungsi praktikal sebuah kenderaan kerja.

Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV

Fakta lain, Toyota Pixis Van BEV ialah bukti terbaharu Toyota tidak mengabaikan EV dan antara langkah strategi pelbagai laluan (multi-pathway) yang menjadi visi pengeluar automotif dari Jepun itu.

Toyota Pixis Van BEV direka untuk menyokong keperluan mobiliti harian perniagaan dan golongan profesional.

Walaupun beralih kepada trenkuasa elektrik, van komersial itu tetap mengekalkan kelebihan sedia ada seperti ruang kargo luas dan kemudahan memuatkan barangan. Kelebihan utama model itu terletak pada prestasi pemanduan berkuasa, lancar dan senyap yang menjadi ciri khas EV.

Pembangunan Bersama, Peranan Logistik Destinasi Akhir (Last Mile)

Logo Suzuki

Sistem BEV pada Toyota Pixis Van BEV adalah hasil pembangunan bersama antara Suzuki Motor Corporation, Daihatsu Motor Co Ltd dan Toyota.

Projek itu menggabungkan kepakaran Suzuki dan Daihatsu dalam menghasilkan kenderaan kecil atau kei car dengan teknologi elektrifikasi milik Toyota.

Selain Toyota Pixis Van BEV, kerjasama itu turut menghasilkan model kembar, iaitu Suzuki Every BEV dan Daihatsu Hijet Cargo BEV.

Pixis Van BEV dikeluarkan dari kilang Daihatsu Motor Kyushu Co Ltd di Oita, Nakatsu di Pulau Kyushu, Jepun.

Toyota Pixis Van BEV

Pengenalan barisan model tersebut ialah realisasi kepada laporan yang pernah diterbitkan PanduLaju pada Jun 2023 mengenai kerjasama strategik tiga syarikat gergasi berkenaan dalam membangunkan kenderaan komersial elektrik.

Kenderaan komersial kategori itu sangat penting di Jepun kerana bersaiz kompak yang memudahkan pemanduan di jalan raya sempit.

Setakat September 2025, kenderaan komersial kecil merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan flit kenderaan komersial di Jepun.

Perbadanan Teknologi Perkongsian Jepun Komersial (CJPT) turut terlibat dalam perancangan spesifikasi bagi memastikan model dihasilkan optimum untuk kegunaan logistik penghantaran terakhir.

TrenKuasa, Prestasi Dinamik

Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV

Toyota Pixis Van BEV menggunakan sistem e-SMART Electric yang menawarkan keseimbangan antara tahap kesenyapan dan kestabilan pemanduan.

Penggunaan motor elektrik memastikan getaran rendah ketika mula bergerak dan memandu, sekali gus membolehkan komunikasi di dalam kabin lebih jelas.

Unit gandar elektrik eAxle yang menyepadukan motor, inverter dan gear pengurangan (reduction gear) dipasang pada roda belakang.

Tetapan itu memberikan cengkaman kuat walaupun membawa beban berat atau ketika melalui kawasan bandar berbukit dan kerap berhenti.

Toyota Pixis Van BEV

Bateri diletakkan bawah lantai untuk merendahkan pusat graviti (CoG), manakala ketegaran badan kenderaan dipertingkat melalui penambahan anggota silang (crossmembers).

Sistem suspensi belakang menggunakan jenis rigid-axle trailing-link baharu untuk mengurangkan berat tanpa spring (unsprung) dan meningkatkan prestasi mengikut permukaan jalan.

Jarak Gerak, Kecekapan Pengecasan

Toyota Pixis Van BEV

Toyota Pixis Van BEV menawarkan jarak gerak sejauh 257km untuk sekali pengecasan penuh berdasarkan kitaran WLTC, iaitu jarak paling jauh dalam kategori van komersial kecil setakat Februari 2026.

Model itu dilengkapi port pengecasan pantas (DC) sebagai ciri standard yang membolehkan bateri dicas sehingga 80 peratus dalam masa sekitar 50 minit.

Pengecasan normal dengan output 6kWj pula mengambil masa kira-kira 6 jam untuk dicas penuh.

Fungsi Bekalan Kuasa Luaran, Keselamatan

Toyota Pixis Van BEV

Sebagai BEV, Toyota Pixis Van BEV dilengkapi fungsi bekalan kuasa luaran maksimum 1,500W menerusi soket aksesori bawah panel instrumen.

Ini membolehkan penggunaan alatan elektrik berkuasa tinggi atau pengecasan peranti dilakukan ketika kenderaan sedang bergerak atau berhenti.

Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV

Ia juga menyokong sistem Vehicle-to-Home (V2H) yang membolehkan tenaga elektrik daripada bateri kenderaan disalurkan semula ke rumah ketika kecemasan atau terputus bekalan elektrik.

Dari aspek keselamatan, Toyota Pixis Van BEV dilengkapi sistem bantuan pintar Smart Assist terkini yang membabitkan fungsi amaran perlanggaran dan sokongan brek bagi mengesan kenderaan atau pejalan kaki ketika membelok di persimpangan.

Praktikaliti Ruang Kargo, Pilihan Pakej

Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV

Ruang kargo model BEV adalah setara model petrol dengan kapasiti beban maksimum 350kg. Ia turut menawarkan ruang lantai rendah 630mm untuk memudahkan urusan memunggah dan memuat barang.

Kabin dilengkapi pemanas kerusi cekap tenaga, penyaman udara automatik, meter multi-info aktif, dan soket USB. Terdapat dua pakej pilihan tambahan, iaitu:

Toyota Pixis Van BEV

  • Pakej Labor-Saving – 77,000 yen (RM1,960): Merangkumi sistem entri tanpa kunci, cermin sisi warna badan boleh lipat elektrik, mekanisme penutup mudah untuk pintu gelongsor dua sisi dan fungsi buka kunci pintu aluan (welcome door)
  • Pakej Bantuan Penglihatan – 66,000 yen (RM1,680): Merangkumi cermin pandang belakang pintar dan monitor belakang

Spesifikasi Teknikal, Harga Toyota Pixis Van BEV

Toyota Pixis Van BEV

  • Kapasiti penumpang 4 orang
  • Sistem pacuan dua roda (2WD), pacuan roda belakang
  • Jenis motor 1CG AC Synchronous
  • Output kuasa 47kW (63.03hp), dan tork 126Nm
  • Jenis bateri litium-ion
  • Kapasiti bateri 36.6kWj
  • Jarak pandu 257km (WLTC)
  • Kapasiti beban maksimum 350kg
  • Dimensi panjang 1,920mm, lebar 1,270mm, dan tinggi 1,250mm
  • Tinggi lantai 630mm
  • Kilang pengeluaran Daihatsu Motor Kyushu Co Ltd (Kilang Oita Nakatsu)
  • Sasaran jualan 50 unit sebulan
  • Harga jualan di Jepun 3,146,000 yen (RM80,065)
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Toyota Pixis Van BEV
Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) Roda4 Toyota Toyota Motor Corporation (TMC) Toyota Pixis Toyota Pixis Van Toyota Pixis Van BEV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.