Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Land Cruiser 250 Series (2023) Diperkenal dengan Gaya Retro Kembali ke Asal
Roda4

Toyota Land Cruiser 250 Series (2023) Diperkenal dengan Gaya Retro Kembali ke Asal

Abang HirataBy Abang Hirata04/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA peminat jip lasak dengan gaya retro, Toyota memperkenalkan Land Cruiser Prado 250 Series yang bakal dilancar di Jepun pada penggal pertama 2024 dan ditawarkan serata dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Siri Land Cruiser asal dikenali sebagai Toyota BJ dan dilancarkan pada 1 Ogos 1951 yang juga tarikh sama diperkenalkan tahun ini dengan usia keseluruhan generasi mencecah 72 tahun!

Sejak awal lagi, jip Toyota membuktikan kebolehan yang berjaya mencatat rekod sebagai kenderaan pertama mendaki hingga stesen keenam Gunung Fuji (foto atas).

Jualan keseluruhan siri Land Cruiser, termasuk Lexus LX dan GX setakat Jun 2023 sudahpun mencecah 11.3 juta unit di 170 negara dan rantau dunia.

Land Cruiser juga menjadi objek membantu kehidupan manusia yang boleh dilihat pada 70 Series yang terkenal lasak dan masih ditawarkan hingga kini.

Tiga Siri Berbeza

Sebagai rujukan, Land Cruiser dibahagikan kepada tiga siri seperti berikut:

  • Station Wagon: Dilengkapi teknologi terkini dan menjadi model perdana. Generasi terbaharu dikenali sebagai Land Cruiser 300 Series.
  • Heavy Duty: Tahan lasak dan untuk pemanduan off-road, iaitu Land Cruiser 70 Series.
  • Light Duty: Senang dikendalikan dan selesa dengan asas off-road sebagai kenderaan gaya hidup dan pilihan praktikal buat pelanggan. Dikenali sebagai Land Cruiser Prado.

Land Cruiser 250 Series – Kembali kepada Asal dan intipati Land Cruiser

Lama di pasaran, Light Duty Series sebenarnya sudah menganjak kepada model mewah, iaitu peralihan biasa dalam sesebuah model.

Sebagai contoh, di sesetengah pasaran, Toyota Corolla sudah menjadi sedan eksekutif yang mana tempat asal diisi Toyota Vios. Begitu juga Toyota RAV4 yang ditolak ke atas dan diganti model lain.

Dalam membangunkan 250 Series, mantan Presiden Toyota, Akio Toyoda mahukan Land Cruiser kembali kepada asal, iaitu kereta diperlukan pelanggan. Justeru, 250 Series menjadi asas kepada model Land Cruiser yang dibangunkan daripada platform GA-F digunakan 300 Series.

Rekabentuk Tradisional dan Moden

Land Cruiser 250 Series menggabungkan rekabentuk tradisional dan moden dengan rekaan dalaman dan luaran menumpukan tiga kata utama, iaitu reliabel (reliable), malar segar (timeless) dan profesional (professional).

Rekabentuk luaran menggunakan garis lintang bagi menyerlahkan siluet Land Cruiser yang unik, manakala bahagian dalaman ditukar daripada mewah kepada fungsi off-road sejati. Kluster instrumen dibuat melintang dengan bentuk suis mudah dan senang digunakan dalam pelbagai situasi.

Dimensi Land Cruiser 250 Series berbanding CG Prado

  • Panjang: 4,925 mm (+100)
  • Lebar: 1,980 mm (+95)
  • Tinggi: 1,870 mm (+20)
  • Jarak roda: 2,850 mm (+60)

Casis dan Pengendalian

  • Ketegaran rangka meningkat 50 peratus dan 30 peratus ketegaran keseluruhan.
  • Artikulasi (naik dan turun) roda dipertingkat, keupayaan tayar kekal atas permukaan dalam pemanduan off-road.
  • Stereng kuasa elektrik (EPS) membantu mengurangkan kehilangan kawalan stereng ketika pemanduan off-road, memberikan fiil stereng lebih kemas, meningkatkan pengendalian pada halaju rendah dengan keupayaan fungsi Bantuan jejak Lorong.
  • Fungsi mekanisme nyah sambung penstabil Stabilizer Disconnect Mechanism (SDM) yang pertama untuk model Toyota.
  • Stabiliser depan boleh diguna atau ditanggal (disconnect) jika tidak diperlukan melalui suis kawalan. Misalnya, pemanduan off-road tidak memerlukan bar stabiliser, dan sebaliknya di jalan raya.
  • Ciri pemantau pelbagai rupa bumi (Multi-Terrain Monitor, MTM) dan pilihan pelbagai rupa bumi (Multi-Terrain Select), MTS) membantu dalam pemanduan off-road.

Trenkuasa Ikut Pasaran

Amerika Utara, China
  • Hibrid 2.4L T24A-FTS turbo
  • Transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift-8AT
  • Kuasa 328hp, tork 630Nm
Timur tengah, Eropah Timur dan lain-lain
  • Petrol 2.4L T24A-FTS turbo
  • Transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift-8AT
  • Kuasa 279hp, Tork 430Nm
Australia, Eropah Barat
  • Diesel 2.8L 1GD-FTV turbo dan sistem 48V
  • Transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift-8AT
  • Kuasa 202hp, tork 500Nm
Eropah Barat, Eropah Timur, Jepun, Timur Tengah dan lain-lain
  • Diesel 2.8L 1GD-FTV turbo
  • Transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift-8AT
  • Kuasa 202hp, tork 500Nm
Eropah Timur, Jepun dan lain-lain
  • Petrol 2.7L 2TR-FE
  • Transmisi automatik 6-kelajuan Super-ECT
  • Kuasa 161hp, tork 246Nm

Varian dan Edisi pasaran

Bagi pasaran AS, model ini dibahagikan kepada Land Cruiser 1958, Land Cruiser dan edisi terhad, Land Cruiser First Edition.

Di Eropah pula, selain Land Cruiser standard, pembeli juga ditawarkan Land Cruiser First Edition yang dihadkan pengeluaran 3,000 unit sahaja.

BACA >>> Toyota C-HR (2024) Diperkenal dengan Rekabentuk Dramatik, Enjin Hibrid Sahaja
BACA >>> Yaris Cross Jadi Model Toyota Paling Laku Eropah, TME Jual Lebih 570k Unit Penggal Pertama 2023
BACA >>> Toyota Vellfire dan Alphard (2023) Lancar di Jepun dengan Enjin NA, Turbo dan Hibrid! 

Toyota Land Cruiser 250 Series 2023
Toyota Land Cruiser First Edition Eropah
Toyota Land Cruiser Prado dan Prado First Edition
autotainment Land Cruiser Roda4 Toyota Toyota Land Cruiser Toyota Land Cruiser 2023 Toyota Land Cruiser 250 Series Toyota Land Cruiser 250 Series 2023
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.