Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Yaris Cross Jadi Model Toyota Paling Laku Eropah, TME Jual Lebih 570k Unit Penggal Pertama 2023
Auto Terkini

Yaris Cross Jadi Model Toyota Paling Laku Eropah, TME Jual Lebih 570k Unit Penggal Pertama 2023

Abang HirataBy Abang Hirata25/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENANGAN crossover dan kenderaan utiliti sukan (SUV) memang hebat dengan jualan enam bulan pertama Toyota Motor Europe (TME) mengesahkan trend tersebut.

Toyota Yaris Cross mengungguli jualan keseluruhan dengan jumlah 104,564 unit daripada jualan keseluruhan 573,976 unit Toyota dan Lexus.

Sebagai makluman, Toyota Yaris Cross versi Eropah (foto atas) adalah berbeza daripada Toyota Yaris Cross versi Asean yang dilancarkan Mei lalu.

Model lain seperti Toyota C-HR mencatatkan jualan 64,657 unit, RAV4 (38,731 unit), Land Crusier (12,495 unit), dan Highlander (1,272 unit), tidak termasuk model Lexus seperti RX, UX dan NX.

Angka jualan lebih 500,000 unit itu menyaksikan peningkatan 2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan TME menguasai 6.6 peratus pasaran.

Jenama Toyota berjaya mengekalkan kedudukan kedua jenama kereta penumpang terlaris di Eropah dengan jualan Lexus melonjak 43 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dari segi pembahagian model, siri Corolla (foto atas), Yaris, C-HR dan RAV4 mendominasi 82 peratus jualan keseluruhan Toyota. Selain itu, jualan kenderaan elektrifikasi mendominasi 71 peratus jualan Toyota dengan jumlah 380,384 unit, meningkata 4 peratus.

Bagaimana dengan Lexus? Sebagai jenama premium, 34,020 unit kenderaan jenama itu terjual yang menyaksikan lonjakan 43 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Model elektrifikasi pula menguasai 86 peratus jualan, meningkat 6 peratus. Lexus mempunyai sejumlah model SUV, iaitu RX (foto atas), NX, UX, GX dan LX yang menguasai 85 peratus jualan keseluruhan.

Ini sekali lagi menunjukkan penangan SUV dalam kalangan pengguna Eropah. Di sebalik populariti SUV, Toyota Hilux menjadi satu-satunya wakil trak pikap TME yang menerima sambutan baik dengan jumlah 27,141 unit.

Prestasi TME (Toyota dan Lexus) Januari-Jun 2023

  • Jualan keseluruhan: 573,976 unit (+ 2%)
  • Pegangan pasaran: 6.6% (-1%)
  • Jualan model elektrifikasi: 409,506 unit (+6.0%)

5 Model Terlaris Toyota

  1. Yaris Cross: 104,564 unit
  2. Siri Corolla: 104,475 unit
  3. Yaris: 87,850 unit
  4. C-HR: 64,657 unit
  5. Aygo X: 41,448 unit

Jualan model elektrifikasi: 380,384 unit (+4%)

Jualan keseluruhan: 539,956 unit (+0.1%)

5 Model Terlaris Lexus

  1. NX: 11,869 unit
  2. UX: 8,334 unit
  3. RX: 7,137 unit
  4. ES: 3,879 unit
  5. RZ: 701 unit

Jualan model elektrifikasi: 29,122 (+52%)

Jualan keseluruhan: 34,020 unit (+43%)

BACA >>> Toyota GR Supra 45th Anniversary Edition (2024) yang Eksklusif untuk AS!
BACA >>> Toyota Vellfire dan Alphard (2023) Lancar di Jepun dengan Enjin NA, Turbo dan Hibrid!

Toyota Yaris Cross
Toyota Corolla
Toyota Yaris
Toyota Hilux GR SPORT
Lexus NX, UX dan RX

 

Jualan Penggal Pertama Toyota Motor Eropah Toyota Toyota Motor Europe Toyota Yaris Cross
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.