Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Kuasai Hampir 1/5 Jualan Kereta Baharu di Australia Sepanjang 2024
Auto Terkini

Toyota Kuasai Hampir 1/5 Jualan Kereta Baharu di Australia Sepanjang 2024

Abang HirataBy Abang Hirata07/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA diperakui sebagai pengeluar automobil unggul dan terkenal. Hujahnya mudah, Toyota kerap menjadi rujukan apabila sesuatu perbandingan dibuat dengan jenama lain.

Misalnya, ada tercari-cari di mana kenderaan elektrik (EV) Toyota ketika sesebuah EV laris terjual.

Paling terkenal, apabila bercakap mengenai ketahanan, ada memaklumkan Toyota milik mereka atau ahli keluarga tidak mempunyai banyak ragam.

Dalam konteks tempatan, Toyota Hilux begitu popular hingga apa saja model trak pikap akan dirujuk sebagai ‘Hailak’. Banyak negara menunjukkan penguasaan Toyota dan salah satu daripadanya ialah Australia.

Pada 2024, Toyota menjual 241,296 unit kenderaan dengan mengatasi rekod tahun lalu sebanyak 238,983 unit. Angka tersebut dan tahun terdahulu menjadi fakta dominasi pasaran Toyota di Australia selama 22 tahun berturut-turut!

Buktinya, hampir satu perlima daripada 1,237,287 unit kereta baharu di Australia dari jenama Toyota dan jualan berkembang 12.1 peratus di sebalik pasaran yang mendatar.

Strategi Toyota yang menumpukan pada kenderaan elektrik hibrid (HEV) ternyata berkesan apabila prestasi 2024 didorong populariti kenderaan itu, terutama RAV4 (foto atas) yang menjadi model terlaris Toyota selepas Hilux.

Rangkaian pengedar Toyota berjaya menyerahkan 118,081 unit HEV dengan memecahkan angka jualan 500,000 unit sejak Prius diperkenalkan pada 2001.

Penguasaan HEV hampir separuh daripada jualan tahunan Toyota dan dijangka bertambah pada 2025 selepas Toyota menawarkan kenderaan penumpang dan SUV kerja ringan hanya dengan trenkuasa hibrid.

Pencapaian Toyota Sepanjang 2024

  • Jualan melebihi 200,000 unit selama 13 tahun berturut-turut.
  • Tempat pertama dalam segmen kenderaan penumpang, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan perdagangan ringan.
  • Toyota RAV4 menjadi SUV terlaris di Australia selama lima tahun berturut-turut dengan jualan 58,718 unit, iaitu hampir sekali ganda pada 2023 (25,666 unit).
  • Toyota RAV4 juga menjadi model hibrid terlaris Australia dengan jualan RAV4 55,902 unit berbanding 25,666 unit (2023).

  • Toyota menjadi jenama SUV terlaris dengan jualan keseluruhan 117,605 unit (LandCruiser Wagon, LandCruiser Prado, Fortuner, Kluger, RAV4, Corolla Cross, bZ4X, C-HR dan Yaris Cross).
  • Jualan Toyota Hilux melebihi 50,000 unit buat tahun kempat berturut-turut.
  • Sedan penumpang terlaris Toyota Corolla menatatkan 24,027 unit jualan berbanding 19,986 unit (2023).
  • Ada lapan model Toyota menguasai segmen masing-masing, iaitu (Corolla, Camry, RAV4, LandCruiser wagon, Hilux 4×2, bas HiAce Commuter, Coaster dan van Hiace).
  • Ada tiga model Toyota berada dalam kelompok 10 model terlaris Toyota (RAV4, Hilux and Corolla).
Model kenderaan Toyota 2024
Toyota Hilux GR Sport 2023
Auto Terkini Toyota Toyota Australia
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.